Aisyah yang sedang duduk di sofa terasa ada yang duduk di sebelahnya. Aisyah mengerling, Zafran sudah melabuh di sebelahnya.
"Abang nak makan? Saya boleh masakkan abang." soal Aisyah. Baru sahaja dia ingin berdiri, Zafran menarik tangannya untuk duduk.
"Duduk je lah. Abang taknak makan. Abang dah kenyang." Kata Zafran yang masih tertumpu ke arah screen television.
Aisyah menjeling, ish kalau iya pun bercakap tu, pandang lah kita.
Aisyah kembali khusyuk menonton. Tiba-tiba terdapat adegan membunuh dan banyak darah mengalir. Tersentak dengan itu, Aisyah merasa hendak muntah. Aisyah menekup mulutnya, dan terus berlari ke arah sinki. Zafran yang melihat isterinya berlari berasa pelik, dia pergi melangkah ke arah Aisyah.
"Sayang kenapa ni? Ok tak?" Soal Zafran sambil mengurut leher Aisyah.
"Terasa mual lah lepas tengok darah banyak sangat." balas Aisyah dengan lemah.
Zafran pelik.
"Sayang takut darah ke?" Soal Zafran pelik.
"Tak juga. Entah lah tiba-tiba pula terasa mual." balas Aisyah.
"Kalau macam tu jom, kita naik atas. Sayang rehat. Mungkin sayang penat ni." ajak Zafran, dan di pimpin tangan Aisyah untuk menaiki tangga.Semasa Aisyah melabuhkan badannya di katil. Belum sempat Zafran baring di sebelah Aisyah, sekali lagi Aisyah berlari ke arah tandas.
Aisyah termuntah.
"Sayang, why ni? Abang risau lah tengok sayang." Kata Zafran dengan nada yang sedikit cemas.
Aisyah menggeleng.
"Saya penat je kot." tungkas Aisyah dan mencuci mulut. Aisyah kembali ke katil.
"Abang tak sanggup lah nak tinggalkan sayang dalam keadaan macam ni." ujar Zafran.
Aisyah yang mendenagr kata-kata Zafran ,terus memandang Zafran."Abang nak pergi mana?" Soal Aisyah dengan kerutan di dahi.
"Abang outstation, so abang kena pergi German dalam 2 hari. Tapi memandangkan sayang sakit, abang bawa sayang pergi sana sekali ok." Kata Zafran sambil mengurut leher Aisyah."Tak menyusahkan abang ke? Nanti saya buat perangai, abang juga yang susah. Abang susah nak handle tau. Biarlah sayang tinggal dengan mommy and daddy." balas Aisyah dengan jujur.
"Nope, abang taknak kes haritu berlaku lagi. Biar abang bawa sayang pergi German sekali. Sayang tak menyusahkan abang pun lah. Jangan risau, kan abang pelindung sayang and imam sayang. Tapi... Sebelum kita pergi German. Abang nak bawa sayang pergi hospital dulu. Untuk check sayang ok ke tak. Kalau sayang tak ok, kita boleh ambil ubat." Terang Zafran.
Aisyah hanya mengangguk.
"Dah tidur. Esok kita nak pergi hospitalkan. Goodnight my sweetheart." Kata Zafran dan mencium sekilas pipi Aisyah.
One and only her!
Aisyah terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekilas wajah Zafran. Terpapar wajahnya yang lesu akibat penat. Semalam dekat empat kali Aisyah terjaga dari tidur kerana muntah. Aisyah mengusap pipi suaminya. Kesian,mesti penat sangat.
Kemarin melayan perangai isterinta yang kuat makan. Dan semalam pula melayan perangai Aisyah yang mual. Harini kena fly pergi German.
'Aduhaiii, sabar lah wahai suami.'
Setiap kali Aisyah terjaga, Zafran pun turut terjaga. Dia lah yang bantu redakan rasa mual Aisyah.
![](https://img.wattpad.com/cover/276336618-288-k871475.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...