7 bulan kemudian...
Aisyah mengelus perutnya yang membukit. Terasa macam ada yang menendang di perutnya, terasa juga sakitnya.
Zafran yang baru sahaja turun dari tingkat atas, terus menapak di sebelah Aisyah. Dia mengucup seketika perut Aisyah yang membukit."Hai anak daddy, cepat-cepat keluar. Daddy dah tak sabar nak main dengan kamu." Kata Zafran sambil mencium sekali lagi perut Aisyah, tidak jemu dia mencium perut Aisyah.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikummussalam, Leo, Richel masuk lah." Ujar Zafran.
"Kau tak yah jemput, aku tahu dah." Balas Leo.
Zafran mencebik. Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Tetap bodoh.
"Xavier mana?" Soal Zafran.
"On the way katanya, Stella buat hal. Kan tengah mengidam, nasib dia tak mengidam nak lamborghini joo!" Tutur Leo.Zafran tertawa kecil.
"Tu lah, kau bayangkan kalau si Stella mengidam benda tu. Mampus si Xavier kena beli lagi."
"Hai Aisyah, baby macam mana ok?" Soal Richel.
"Alhamdulillah baby sihat je.""Baby boy or girl?" Soal Leo.
"Boy." Ujar Zafran."What?! Boy? Yes! Dah ada geng lepas ni nak main tembak-tembak." Jerit Leo.Zafran menjentik kepala Leo.
"Bodoh ke apa aku nak bagi anak aku main tembak-tembak dengan kau? Memang tak lah."
"Kedekut! Tak pe, kau tunggu Leo junior keluar, memang aku tak bagi dia main dengan kau."
"Buat pe aku nak main dengan anak kau? Aku ada anak sendiri." Seloroh Zafran.
Aisyah hanya tersenyum bahagia.
Zafran mengalihkan pandangan kepada Aisyah.
"Sayang..." Aisyah terus memandang Zafran sambil mengangkat kening.
"Err, abang nak keluar kejap. Sayang nak ape-ape?" Soal Zafran.Di kucupnya dahi Aisyah."Err, abang nak gi mana?" Soal Aisyah kembali. Aku nak ikut!
"Abang nak pergi..." belum habis Zafran bercakap, Zafri dan Amran sudah menerjah masuk rumah.Tercungap-cungap mereka masuk dan menapak di depan kami. Zafran dah bangun dari duduknya.
"Woi korang asal ni? Main masuk je rumah aku." Marah Zafran.
"Kau asal Zafri? Amran? Macam kena kejar sakaratul je." Seloroh Leo.
Richel memukul paha suaminya. Apakah bodoh sangat suami aku ni? Orang tengah serius tu."Black Zaf Black huhhh." Kata Zafri sambil menarik nafas berat.
"Asal dia?" Soal Zafran. Kali ni muka Zafran agak sedikit tegang dan bengis.
"Dia dah culik mommy. Aku tak tahu di mana dia sorok mommy." Zafran terkejut.Mereka semua terkejut. Puan Laila kena culik?
"Damn! Macam mana boleh jadi? Apa bodyguard buat dekat sana? Tidur ke? Bodoh lah!" Marah Zafran."Nii... Surat yang di tinggalkan sebelum mereka tinggalkan rumah." Kata Amran sambil menghulurkan sepucuk surat.
Zafran mencapai dan di bacanya.
Zafran menggengam erat surat tersebu. Tanpa menoleh ke arah Aisyah dia terus sahaja naik ke atas dan bersiap. Selepas beberapa minit, dia bergegas keluar dan naik ke kereta. Aisyah tergamam, dia lupa aku ke? Dia marah sangat sampai aku di sini dia abaikan.
"Woi Zaf, Aisyah. Kau tinggal macam tu je?" Soal Zafri.
Zafran menepuk dahinya.Dia kembali mendekatkan diri kepada Aisyah.
Aisyah sudah menapak di depan pintu. Dia menghulurkan tanganku dan mencium tangan Zafran.
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...