3 bulan kemudian...
"Assalamualaikum Zaf." Sapa Zafri yang baru sahaja masuk ke dalam wad, di ikuti dengan Amran dan puan Laila serta tuan Zickry.
"Waalaikummusslam, masuk lah." Balas Zafran dengan senyuman."Kau dah makan ke? Kalau belum jom lah kita turun gi cafe sekejap and lepas makan kita naik balik." Soal Amran, risau dia terhadap kesihatan Zafran. Sudahlah pemakanannya kini tidak teratur dek kerana hanya mahu menanti kesedaran si sang isteri. Setianya lelai bernama Zafran Iman ini.
"Err, korang pergi lah. Aku dah makan tadi. Leo belikan aku makanan." Zafran menutup bukunya dan menyilangkan kakinya menghadap Amran dan Zafri. Wajahnya kelihatan kusam sahaja oleh kerana kurang tidur.
"Kalau macam tu, kitaorang pergi makan lah dulu ya." Balas Puan Laila.
Zafran hanya sekadar mengangguk.
Zafran merenung kembali ke arah laptopnya, fikiran Zafran ligat memikirkan mengenai Black. Semenjak-kemenjak ni Black tiada khabar, entah-entah mungkin dia tengah atur strategi untuk hapuskannya.
Tiba-tiba Zafran melihat jari Aisyah bergerak, Zafran terkejut, dia tidak tahu hendak buat bagaimana. Sekarang hatinya beronjak keriangan atas penantiannya kini trlah membuahkan hasil.
"Sayang..." Hanya itu yang terbit di bibir Zafran, air matanya mula mengalir.
"Sayang..." Panggil Zafran sekali lagi.Zafran terus sahaja menekan butang untuk memanggil doktor.
Selang beberapa minit, Dr. Kamal datang dengan beberapa jururawatnya. Dia meminta agar Zafran keluar sebentar, namun dia statik di tempatnya. Zafran tetap ingin berdiri di situ bersama isterinya.
'Sayang... Finally sayang. Awak sedar juga, abang rindu sayang, i miss you so badly.' Desis hati Zafran.
Di kesat kasar air matanya yang mengalir.
Dr. Kamal tidak mampu berkata apa lagi, di biarkan sahaja diri Zafran di situ. Dia menyambung tugasnya untuk memeriksa Aisyah.
"Zafran..." Panggil Dr.Kamal, Zafran merenung anak mata Dr. Kamal.
"Yes."
"Alhamdulillah isteri kau ok, cuma..." Perasaan sebersalah terpapar di wajah Dr. Kamal."Kenapa dengan dia?" Soalnya ingin tahu.
"Cuma, dia hilang ingatan." Kata ringkas dr.Kamal.Zafran tergamam. Hilang ingatan?
"Siyes lah Kamal?" Soal Zafran sekali lagi.
Kamal hanya mengangguk.
"Stay strong bro, kau kena tabah lalui benda ni. Allah sayang kau. Sebab tu dia bagi ujian ni dekat kau. Pesanan ku, jangan mudah putus asa ok." Pesan Kamal. Faham benar dengan perasaan ketuanya itu, kerana dia sendiri pernah lalui benda yang sama.Zafran hanya tersenyum kelat.
Zafran perlahan-lahan berjalan ke arah Aisyah yang masih blur.
"Saya dekat mana? And who are you?" Soal Aisyah pelik. Di mana dia? Setahunya, dia tadi bersama seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki yang persis dengan lelaki yang berada di hadapannya. Namun sedikit berbeza kerana, lelaki bersamanya tadi selalu membimbing kanak-kanak lelaki tersebut sambil tersenyum manis.Zafran tidak mampu menahan air matanya.
"Who are you? Kenapa awak menangis?"Soal Aisyah sekali lagi. Zafran menyekat air matanya, dan dia tersenyum ke arah Aisyah.
" Err, abang... I mean aku suami kau yang sah." Balas Zafran."Suami? Sejak bila saya nikah?" Soal Aisyah sedikit pelik.
"Dah lama dah... Dekat 10 bulan kita nikah." Ujar Zafran dengan nada mengendur."10 months? Jadi kenapa kita di sini? Why tak dekat rumah kita?" Soal Aisyah dan berusaha untuk duduk, dia mengeluh kesakitan kerana kepalanya yang sakit.
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...