SM ||| 9 H•S

777 21 2
                                    

"Awak, bangun lah." Kata Aisyah dan menggerakkan tubuh Zafran yang masih di buai mimpi.
"Babygirl, aku nak tidur ni." balas Zafran dalam keadaan mamai.

Aisyah mendengus.

Ish dia ni kan. Aku tengah lapar ni, aduh kenapa tengah-tengah malam juga aku terasa lapar, sebelum Zafran balik pun aku sudah makan.

"Awak! Saya lapar ni. Kalau awak taknak teman saya, saya pergi sendiri je lah." ujar Aisyah dalam nada merajuk.

Zafran yang mendengar balasan Aisyah, terus sahaja menarik tangan isterinya dan membawa ke dalam dakapannya. Dicium sekilas ubun-ubun isterinya.

"Sayang, tengah malam kot kenapa nak makan ni? Nanti gemuk macam mana?" Soal Zafran, matanya masih tertutup rapat.

Mata Aisyah membulat.
'Dia nak cakap aku gemuk ke apa ni?' getus hati Aisyah.

"Ish! Mana ada saya gemuk. Saya terasa lapar ni." marah Aisyah sambil memegang perutnya.

"Hm, tadi sebelum tidurkan dah makan dengan mommy and daddy." Kata Zafran dengan nada serak basahnya.

"Tu lain. Jom lah teman saya kejap pergi makan please." pujuk Aisyah lagi.

"Ok fine sayang, nasib saya sayang awak." balas Zafran, akhirnya dia tumpas dengan pujukan isterinya sendiri namun Zafran masih lagi dalam keadaan terbaring.

Manakala Aisyah masih lagi terkunci di dalam dakapannya. Aisyah bergerak sedikit, namun pelukan bertambah erat lagi.

"Awak jom lah. Lepas lah saya. Kita pergi makan sekarang." marah Aisyah.

"Kalau nak pergi makan, satu syarat." Kata Zafran.

Aisyah mencebik.

"Ish, awak bagi syarat lepas tu bukan awak tunaikan pun permintaan saya." Sindir Aisyah.

Zafran yang menutup matanya, terus terbuka akibat sindiran Aisyah.

"Sorry ok, kali ni saya janji saya tunaikan." pujuk Zafran.
"Ape dia syarat tu?" Soal Aisyah.
"Please call me abang." Kata Zafran dan mengukir senyuman penuh makna.

"Alahh, saya mana biasa." balas Aisyah dengan jujur. Ish, aku mana biasa panggil dia abang.

"Kalau taknak, tak yah turun pergi makan." ugut Zafran dan kembali memejamkan matanya.
Aisyah menarik nafas berat. Sabar je lah Aisyah oii dapat suami nakal.

"Aw... Err i mean abang... Jom turun makan." ujar Aisyah dengan nada yang perlahan namun masih boleh di dengari oleh Zafran.

Zafran mengukir senyuman nakal.

"Dah jom." ajak Aisyah. Dia terus menarik tangan Zafran.
Zafran hanya akur dan di temannya aku pergi makan.

Semasa Zafran menemani isterinya makan, matanya hanya terpejam dek kerana mengantuk.

'Argh! Nasib sayang isteri kalau tak!' desis hati Zafran.

Seusai makan.

Mereka kembali naik.
Semasa Aisyah menaiki tangga, dia sudah berasa penat.
"Sayang, why ?" Soal Zafran dengan mukanya yang berkerut.

"Saya penat lah." ujar Aisyah dengan wajah yang berpeluh.
Zafran mengerutkan dahinya.

"You sweating babygirl. Takkan lah naik tangga dah penat. Selalunya tak pun." ujar Zafran dengan nada yang lembut. Di usap peluh Aisyah yang mengakir di dahi isterinya.

Tanpa membuang masa, Zafran terus sahaja mencempung tubuh kecil isterinya dan di bawah masuk ke dalam bilik dan terus melangkah ke arah katil. Di turunkan Aisyah di atas katil.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now