SM ||| 36 H•S

464 15 0
                                    

"Sayang... Mana baju hitam abang?" Soal Zafran, dia memeluk isterinya dari arah belakang dan di rehatkan dagunya di bahu Aisyah.

Aisyah yang sedang lekang bersiap terhenti seketika.

"Ada dekat almari." Balas Aisyah sambil tersenyum manis.
Zafran hanya diam sambil memandang ke arah isterinya yang semakin berisi.

"Ambilkan lah sayang."
Aisyah tersenyum.
"Kejap ye abang."

Terukir senyuman di bibirnya, tatkala melihat wajah isterinya yang suci murni itu.

Danny yang baru sahaja keluar dari tandas pergi ke arah Aisyah dan Zafran. Danny menarik baju Aisyah.

"Mama, mana baju Danny?" Soal Danny.
Aisyah memandang Danny dan tersenyum.

"Ada dekat almari sayang." Ujar Aisyah dan masih berada di dalam pelukan si sang suami.
"Tunjukkan lah mama." rengek Danny.

Aisyah tertawa kecil.

"Sini ikut mama, daddy jom ikut mama."

Zafran hanya tersenyum manis. Suka benar dia apabila isterinya menggelarkan dirinya daddy.

"Ni baju anak mama. Nak mama pakaikan baju?" Soal Aisyah.

Danny mengangguk laju.

Aisyah tersenyum dan terus memakaikan Danny baju. Seusai Danny memakai baju,dia terus sahaja keluar.

"Thank you mama! I love you bye!" Pamit Danny dan berlari keluar dari bilik.

Aisyah hanya menggelengkan kepalanya dan menyambung menyiapkan dirinya, tinggal tudung sahaja yang belum dia guna sebelum dia siap 100 peratus.
Zafran datang memeluk Aisyah dari arah belakang.

"Mama, pakaikan lah daddy baju." Ujar Zafran dengan manja dia merehatkan dagunya di bahu Aisyah.

Aisyah yang sudah siap melilit tudungnya memandang suaminya melalui pantulan cahaya di cermin itu. Dia memusingkan tubuhnya agar memandang wajah kacak milik suaminya itu.

"Ish, takkan lah bapa orang pun nak pakaikan baju?" Duga Aisyah.

Zafran hanya mengangguk manja.
Aisyah hanya tersenyum manis, di cuitnya hidung suaminya.

"Nakal mama ni." Kata Zafran dan memukul bontot Aisyah.
"Ish pervent punya Zafran!" Marah Aisyah.
Apakan daya apabila dirinya itu hanya mencecah 164 tingginya, manakala si suami 181. Susah untuk dia membalas segala perbuatan yang Zafran lakukan kepadanya.

Seusai memakai baju, mereka terus sahaja keluar dari bilik. Zafran membawa beg-beg mereka masuk ke dalam kereta.

Puan Arifah yang sedang berdiri di hadapan pintu utama memandang Aisyah, dia memegang tangan Aisyah.

"Hati-hati ye Aisyah, jaga diri dekat sana. Jaga pemakanan kamu tu dan jaga kandungan kamu baik-baik ok. Nenek sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu." Ujar Puan Arifah dan mencium penuh kasih pipi Aisyah.

Aisyah membalas ciuman tersebut.
"Terima kasih nek. Insha Allah, nenek juga jaga diri." Balas Aisyah dan menyalam Puan Arifah.

Pandangan mata Puan Arifah beralih ke Zafran.
"Kamu Zafran, jaga isteri kamu baik-baik. Dia tengah mengandung, jaga anak kamu. Aisyah membawa legasi kamu, apa-apa jadi call nenek ok?"

Zafran mengangguk.

"Nenek juga, kalau ada apa-apa call Zafran atau Zafri."

"Nenek, hati-hati tau." Pesan Mayra.
"Ye, Ayra juga. Jaga tingkah laku, ingat apa nenek selalu pesan kalau kita dekat tempat orang. Jangan terlampau liar." Sindir Puan Arifah, sengaja dia menekankan perkataan liar kerana dia nampak Mikaeyla ada berdiri di sampingnya.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now