"Begitulah jalan kehidup mama dan daddy." Ujar Aisyah.
Anak-anaknya menepuk tangan dengan gembira.
"Complicatednya hidup mama." Kata Hani.
Aisyah tersenyum.
"Walaupun hidup mama susah, tapi mama tetap bersyukur. Sebab, dari kesusahan itu lah mama belajar erti kekuatan dan erti kesetiaan." Balas Aisyah dan menggosok kepala anak perempuannya."Nanti besar, abang nak jadi macam daddy. Seorang yang berani dan bijak." Ucap Hayder dengan bangga.
"Kakak pun nanti besar nak jadi macam mama, seorang yang penyayang dan tabah." Sambung Nysa.
"Adik pun adik pun." Ujar Hani tidak ingin ketinggalan."Kalau nak jadi macam mama dan daddy, kenalah patuh arahan mama dan daddy.Tak boleh langgar, baru boleh jadi macam mama dan daddy dan boleh jadi anak yang apa anak-anak?" Ujar Aisyah.
"Anak yang soleh dan solehah mama!" Sambung mereka bertiga.
"Good boy and good girls." Puji Aisyah."Dah tidur, dah larut malam ni." Kata Aisyah,dia berjalan ke katil anak lelakinya.
"Good night Hayder Raykal." Ucap Aisyah dan mencium pipi anaknya.
"Good night mama."
Tersenyum dia mendengar balasan anaknya.Dia berjalan pula ke arah katil Hani.
"Good night Hani Rafisyah." Ucap Aisyah dan mencium pipi Hani.
"Good night mama."Dan akhir sekali dia berjalan ke arah katil anak sulung perempuannya.
"Good night Hanysa Eadriani." Ucap Aisyah dan mencium dahi anaknya.
"Thank you mama, sebab sudi sayang kakak macam anak sendiri." Balas Nysa.Aisyah tersenyum, di ciumnya sekali lagi dahi Nysa.
"Mama sayang Nysa macam mama sayang abang dan adik. Lagipun Nysa kan anak mama dan daddy, dah tak mahu cakap macam ni lagi. Nysa tetap anak mama dan daddy." Pujuk Aisyah."Esok kita nak atok dan nenek." Ujar Aisyah.
"Yeah!" Sorak mereka bertiga.
"Dah tidur." Arah Aisyah dengan lembut.Nysa mengangguk dan menyelimuti dirinya.
Aisyah berjalan keluar apabila melihat ke arah pintu, dia terlihat kelibat suaminya yang sedang berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum manis.
"Daddy tak de kiss?" Usik Zafran.
Aisyah tersenyum, di ciumnya pipi suaminya.
"Pipi je? Dekat sini tak?" Duga Zafran sambil menunjuk ke arah bibirnya."Abang ni kan ish." Rungut Aisyah, mukanya sudah bertukar merah akibat malu dengan usikan suaminya. Segera dia menutup pintu bilik anak-anaknya. Takut mengganggu tidur anak-anak mereka.
Mereka melangkah ke arah bilik mereka.
"Mama..."
"Hm."Aisyah yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya di katil, di tarik oleh Zafran. Dan kini Aisyah berada dalam pelukan suaminya.
"Kenapa ni abang?" Soal Aisyah.
Zafran tidak segera menjawab soalan isterinya, di tenung lama wajah mulus Aisyah. Terukir sebuah senyuman di bibirnya, walaupun tanpa solekan namun di matanya Aisyah tetap cantik.Di ciumnya dahi, kedua mata, pipi dan di akhiri di bibir Aisyah.
Aisyah tersenyum dengan adegan suaminya.
"Nur Aisyah."
Aisyah memandang suaminya.Zafran mengeratkan lagi pegangan di pinggang langsing Aisyah, hampir beberapa inci lagi wajah mereka akan bersatu. Dia menaikkan tangan Aisyah untuk merangkul leher Zafran.
"Terima kasih kerana masih setia dengan abang, susah dan senang bersama abang. Banyak yang sayang lalui dengan abang, kadang-kala terpaksa menanggung risiko yang tinggi sebab abang je. Thank you so much darling, abang tak tahu nak balas macam mana kesetiaan sayang. Yang abang mampu adalah berikan sayang kasih sayang dan setia pada sayang. Selebihnya hanya Allah yang mampu membalasnya." Ucap Zafran.
Aisyah hanya mampu tersenyum, sungguh dia terharu dengan ucapan Zafran yang kedengaran syahdu sahaja di telinganya.
"Terima kasih juga sayang, sebab sudi lahirkan anak-anak abang. Sudi berikan abang tanamkan benih dalam rahim sayang." Sambung Zafran dan memagut lama bibir Aisyah.
Aisyah mengikut rentak Zafran.
Seketika itu di lepaskan pagutan Aisyah.
"Terima kasih, sebab abang masih tabah dan sabar menghadapi segala yang kita sudah lalui. Tanpa abang, mungkin sayang tak de dekat sini. Maybe sayang bakal mati sebab di dera terus oleh ibu." Ucap Aisyah dan mengeratkan rangkulannya di leher Zafran.Zafran tersenyum.
"Sama-sama kasih wahai isteriku."
Aisyah tersenyum."Nur Aisyah binti Amri."
"Ya saya.""Dengan itu, Mohammad Zafran Iman bin Zickry ingin mengatakan bahawa saya amat mencintai awak." Luah Zafran.
"Begitu juga dengan Nur Aisyah, saya amat mencintai Mohammad Zafran Iman dengan setulus hati saya." Balas Aisyah."Tiada siapa boleh pisahkan kita, melainkan kehendak-Nya. Tapi jikalau Allah mengizinkan, abang berjanji akan sentiasa berada di sisi sayang. Cinta kita sampai ke syurga firdaus Allah." Ungkap Zafran.
Dengan segala rintangan yang mereka lalui, kini mereka dapat mengecapi impian mereka. Di mana mereka dapat hidup seperti pasangan yang lain di luar sana.
~Tamat~
One and only her!
Mrs. Zafran Iman
YOU ARE READING
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...