SM ||| 4 H•S

1.3K 32 6
                                        

"Aisyah." Suara itu seperti memanggil nama dirinya yang masih di buai arus mimpi.
"Aisyah..." sekali lagi dia memanggil Aisyah.

"Aisyah!" serta-merta Aisyah terduduk, terkejut dirinya di buat.

"Bangun! Besiap, ni baju nikah. Kau pergi mandi." Arah Zafran dengan dingin.

Aisyah hanya diam, tidak menyahut arahan Zafran.

Zafran yang melihat Aisyah masih di alam mimpi mahu tak mahu sahaja bangun. Dia terus sahaja mencium kepala Aisyah yang berlapik tudung, mata Aisyah serta-merta membulat. Seperti terkena satu renjatan elektrik, tapi bukan, ia merupakan satu renjatan sentuhan Zafran. Dengan itu, Aisyah terus bangun dan mencapai tuala. Kemudian, masuk ke dalam tandas.

Zafran pula sudah sakan ketawa dari luar.
"You get what you want babygirl! " laung Zafran dari luar sambil tertawa macho.

Aisyah mencebik.

'Kurang ajar punya Zafran!' getus hati Aisyah.

Seusai mandi, Aisyah melilau kalau-kalau  Zafran ada di luar atau di bilik pakaian. Aisyah perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik pakaian. Mujur lah dia memakai baju dan tudung jadi tidak huru-hara.

Bila Aisyah sudah masuk ke dalam wardrobe, dia melihat beberapa wanita datang ke arahnya sambil tersenyum. Aisyah berasa pelik.

Aikk sejak bila mereka ni masuk? Seorang perempuan muda bersuara.

"Selamat pagi cik muda, kami berempat di sini, sebab atas arahan encik Muda untuk membantu cik muda bersiap." Kata seorang perempuan sambil tersenyum.

Aisyah hanya mengangguk. Walaupun belum faham, tapi buat-buat faham je lah.

"Meh kami bantu cik muda bersiap, mereka semua pun sedang uruskan encik Muda dan rombongan semua sudah ada. Tinggal cik muda aje di tunggu untuk bersiap." Sambung perempuan tu.

Aisyah hanya akur tanpa banyak memberontak. Kalau memberontak pun apa dia dapatkan?

Hampir satu jam mereka menyiapkan Aisyah dan akhirnya siap juga. Aisyah tergamam.

'Wah pandai juga mereka make up aku ni.'

"Wahh cik muda, you look so pretty." Puji seorang wanita lingkungan 30-an.

Aisyah tersenyum malu.

"Dah-dah nanti kita sambung bual, jom turun mereka mesti dah tunggu tu." kata wanita muda.

Aisyah terus bergerak dengan perlahan-lahan.

Aisyah memakai baju yang kembang dibawah, manakala dekat atas mengikut bentuk badan Aisyah yang ramping serta tudung shawl yang seragam dengan warna baju iaitu warna putih.

Semasa Aisyah menuruni setiap anak tangga, Zafri dan Amran tersenyum manis melihatnya. Puan Laila dan tuan Zickry juga turut tersenyum melihat Aisyah yang melangkah ayu turun dari tingkat atas. Orang yang ada di sekelilingnya mula berbisik memuji kecantikan Aisyah.

Tapi lain kepada Zafran. Zafran berpura-pura tidak endah. Walaupun hatinya kian memuji keindahan yang Aisyah miliki. Namun kerana ego, dia terpaksa buat-buat tidak endah dan tidak peduli.

Bila Aisyah sudah sampai betul-betul di hadapan Zafran, puan Laila dan tuan Zickry tersenyum.

Puan Laila terus berada di sebelah kanan Aisyah berdiri.

"Masya Allah! You look so pretty Aisyah!" Puji puan Laila.

"Wah Aisyah, cantiknya kamu. Untung lah Zafran." Kata Amran sambil mencuit bahu Zafran.
Zafran hanya menjeling.

SUAMIKU MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang