"Zafri, mommy and daddy dah fly ke?" Soal Zafran, matanya masih tertumpu ke arah anak-anaknya.
"Haah, kejap lagi aku nak gerak pergi airport jemput mommy. Kalau lambat mesti mommy membebel." Rungut Zafri.
Zafran tertawa mendengar rungutan Zafri.
"Rilek, tak baik merungut." Usik Zafran.
"Aisyah mana?" Soal Zafri.
"Dalam tandas, tukar pakaian." Balas Zafran.
"Kenapa ni kesayangan daddy Hayder and Hani?" Soal Zafran kepada anak-anaknya.
"Alololo mengantuk prince daddy ni, kejap eh nanti mama siap kita pulang rumah okey prince and princess daddy." Kata Zafran sambil menutup mulut anaknya menggunakan satu jarinya.
Zafri tersenyum melihat kemesraan Zafran, comel sahaja dia melihat. Dari menjadi singa bertukar menjadi kucing bila bersama anak dan isterinya.
"Kau asal tersenyum sendiri?" Soal Zafran dan mendukung Hani, apabila dia melihat Hani ingin menangis dia lekas mendukung dan memujuk anaknya agar terlena kembali.
"Ush, ush ush. Tidur princess daddy. Sleep well honey." Pujuk Zafran.
Zafri menggeleng.
Aisyah keluar dari tandas dengan berhati-hati.
Terukir senyumannya apabila melihat suaminya sedang mendodoi anaknya.
"Careful mama." Pesan Zafran.
Aisyah hanya sekadar mengangguk.
Amran merempuh dan menolak dengan cepat kerusi roda untuk di berikan kepada Aisyah.
"Aisyah, meh duduk sini. Tak yah nak mengada berjalan." Gumam Amran dan menyuruh Aisyah duduk.
"Tapi baju Aisyah macam mana? Beg?" Soal Aisyah pelik.
"Biarkan, nanti saya suruh Xavier and yang lain angkat beg-beg tu. And baju dekat atas katil tu semua baju Aisyah?" Soal Amran.
Aisyah mengangguk.
"Ish, biarlah Aisyah yang kemas sendiri." Ujar Aisyah sedikit risau.
Amran menggeleng laju.
"No way Aisyah! Biar saya yang kemas, kalau Zafran yang kemas, dia tengah dukung Hani. Biarkan saya yang kemas, jangan rungsing. Saya akan pastikan tiada apa yang tertinggal dah senyap!" Arah Amran.
Aisyah mampu berdiam diri.
Semasa Amran mengemas satu persatu dia memasukkan pakaian Aisyah ke dalam beg Aisyah, sampai sahaja di pakaian dalam Aisyah. Aisyah menekup mukanya.
Zafran pula sudah menyerahkan Hani kepada Xavier.
"Sudah! Biar aku yang kemas." Terjah Zafran dan menarik pakaian dalam Aisyah daru genggaman Amran.
Amran masih statik di kedudukannya.Dia seperti tersampok setan sahaja.
Yang lain sudah tergelak apabila melihat riak wajah Amran.
"Cepat-cepat kahwin bro." Usik William.
"Diam kau sial." Marah Amran dan berlari keluar dari wad VVIP.
Habis sahaja Zafran mengemas,dia menyerahkan beg tersebut kepada Kylo.
"Hayder biar aku yang bawa. Kalau Hani biar Aisyah yang bawa." Arah Zafran dia memberi Hani kepada Aisyah, manakala Hayder sudah berada dalam dakapannya.
"Let's go pulang rumah!" Jerit Kylo dan Amran serentak.
"Yahoo!" Sorak Leo dan William.
Hani dan Hayder masing-masing telah menangis apabila terkejut mendengar jeritan mereka berempat.
Zafran telah memandang tajam ke arah mereka berempat.
"Kalau sehari tak buat sial boleh? Ingat senang ke nak pujuk Hayder and Hani?" Marah Zafran.
Mereka tertawa kecil melihat muka cemberut Zafran. Aisyah menggeleng sahaja melihat telatah mereka semua.
ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU MAFIA
RomansaKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...
