SM ||| 12 H•S

687 17 0
                                    

Aisyah terjaga awal. Selepas sahaja solat subuh Aisyah sudah tidak tidur, tidak tahu kenapa.
Zafran pula menyambung tidurnya.

Aisyah bangun perlahan-lahan dari katil.

Seusai masak sarapan.

Aisyah kembali melangkah perlahan-lahan menaiki anak tangga. Walaupun agak penat, tetapi dia tetap usaha juga untuk naik.

'Fuhh sumpah berpeluh. Memang macam ni eh kalau orang mengandung?'

Aisyah masuk ke dalam bilik dan melilau mencari kelibat Zafran. Tiba-tiba pintu tandas terbuka. Kelibat Zafran muncul. Dia datang mendekat dan di cium sekilas dahi Aisyah sekilas.

"Sayang dari mana? Kenapa tak kejut abang?" Soal Zafran dengan lembut.

"Dari bawah, masak sarapan untuk abang. Kan abang nak pergi office sekejap." balas Aisyah sambil mengelus rambut Zafran yang basah.

"Allahuakhbar sayang, tak yah susah-susah, di rumah ni kan ada pembantu rumah so biarlah diaorang yang buat. Isteri abang ni kena rehat, sebab nanti penat kena bawa anak kita ke hulu ke hilir." ujar Zafran sambil mengelus perut Aisyah yang belum membesar.

"Tak denya lah susah. Dah abang pergilah bersiap, sayang tunggu dekat bawah ok." ujar Aisyah dan mencium bibir Zafran.

Zafran hanya mengangguk, dan di ukirnya senyuman di bibir.

Aisyah terus meninggalkannya di dalam bilik dan terus berlalu pergi ke bawah.

Sekali lagi, Aisyah merasakan yang dia akan muntah. Aisyah terus berlari ke arah sinki dan mengeluarkan segala isi perutnya.

Datang seorang wanita muda menegurnya.

"Cik muda, cik muda ok tak ni? Nak saya panggilkan Encik muda?" Soal wanita itu dengan nada yang cemas.

"Ehh tak yah, saya ok je." balas Aisyah sambil mengelus perutnya.
"Cik mengandung ke?" Soal wanita itu lagi.
Aisyah memandang wajah wanita itu, dan Aisyah mengukir senyuman yang manis.

Aisyah mengangguk.

"Wah, cik muda mengandung rupanya, jadi Encik muda tahu?" Soalnya lagi.

"Yup aku tahu isteri aku mengandung." Balas Zafran. Aisyah terus memandang Zafran.
Wanita itu terus menunduk tanda hormat.
Zafran datang ke arah isterinya.

"Sayang ok tak ni? Dah makan ubat? Alahai anak daddy, jangan lah selalu buat mama macam ni, kesian tau." ujar Zafran sambil mencium perut Aisyah.

Wanita itu hanya diam.

"You can go now." Arah Zafran kepada wanita tersebut. Wanita itu hanya mengangguk dan terus berlalu pergi.
"Jom abang, kita pergi makan." pelawa Aisyah.

Seusai sahaja mereka makan, Zafran bersiao-siap hendak keluar. Ada tugas yang perlu di selesaikan.

"Ok dah, abang pergi dulu ok. Hati-hati, jaga diri ok. Kalau ada apa-apa jadi beritahu dekat bodyguard." pesan Zafran sambil mencium Aisyah.

Aisyah hanya mengangguk.

"Riby, jaga isteri aku baik-baik. Kalau kauorang nampak dia muntah-muntah bawa dia pergi rehat faham?" Arah Zafran dengan tegas.

Mereka semua mengangguk.

"Bye sayang, bye baby, daddy pergi kerja dulu, jaga mama ok, jangan nakal-nakal, jangan selalu buat mama muntah-muntah." pesan Zafran lagi dan mencium sekilas perut Aisyah.

Zafran terus menaiki kereta dan beransur pergi.

"Wah cik muda, kitaorang tak sangka rupanya, encik muda ni sweet sangat!"ujar Riby dengan teruja. Pertama kali dia melihat majikannya begitu romantik, ternyata di sebalik perangai dinginnya terselit personaliti yang begitu romantik.

SUAMIKU MAFIAWhere stories live. Discover now