Aisyah membuang pandangan ke arah gunung-ganang yang terbentang luas di hadapan mansion milik Zafran. Fikirannya ligat memikirkan mengenai Zafran yang berada di luar negara.
Tidak tahu mengapa hatinya berasa resah dan tidak tentu arah. Dia asyik-asyik mengerling ke arah telefon pintarnya, berharap agar Zafran menghantar message ataupun membuat panggilan.
Ting!
Notifikasi masuk ke dalam telefon Aisyah. Dia dengan segera mengambil telefonnya dan terdapat message daripada Zafri.
Abang. Zafri:
Hye Aisyah, kitaorang selamat mendarat dekat Italy kelmarin. Maaf lah tak chat, Zafran tak de chat ke or call?Hye, ouh tak pe faham. Hm tak de pula Zafran chat or call.
Abang. Zafri:
Ouh, dia busy. Ada apa-apa saya call Aisyah okey. So don't worry about him, he's fine in-sya Allah, Aisyah jaga diri okey? Kirim salam sekali dengan Mayra hihi :))Aisyah tersenyum seketika.
Baiklah. Korang juga jaga diri.
Abg. Zafri:
👍Lega dia apabila mendapat berita bahawa Zafran tidak apa-apa. Baru sahaja dia ingin meletak telefonnya di meja solek, telefonnya kembali berbunyi.
Senyuman terukir lebar, kerana di kaca telefon yang terpapar adalah nama suaminya. Dengan segeranya Aisyah mengangkat.
"Hello abang!"
"Maafkan abang sayang, sebab tak call sayang semalam. Abang penat."
"Tak pe abang, sayang faham. Abang mesti penatkan. Tadi Zafri ada juga chat. Abang busy katanya, tak pe lah saya faham."
"Sayang abang kena pergi, nanti abang call balik sayang okey."
"Okey, take care abang..."
"Okey sayang... Jaga diri okey, abang dah nak off ni. Jaga diri and jaga anak kita okey."
Aisyah hanya mampu tersenyum pahit.
Tidak mengapa asal rindunya terubat.°
°
°
°
°
Zafran tersenyum seketika apabila mendengar suara isterinya, terubat seketika rindunya. Dia perlu kuat untuk menghadapi segalanya. Walau bagaimanapun dia kena pulang dengan selamat berjumpa dengan Aisyah dan bakal anaknya.
Tok! Tok! Tok!
Zafran membuka pintu.
Amran berdiri di hadapan pintu bilik Zafran, lengkap dengan pakaian hitam dan topi hitam.Zafran tersenyum.
"Jom."
Mereka semua berkumpul di ruang tamu.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU MAFIA
RomanceKARYA PERTAMA🌻 Tujuh tahun yang lalu memberi kesan yang besar kepada Zafran Iman. Hidupnya yang penuh dengan dendam dan kekejaman, serta mengubah personaliti dirinya. Dari seorang yang ceria dan mudah tersenyum, berubah menjadi seorang yang pendend...