" I think that possibly maybe I'm falling for you."
Amanda melangkah beriringan dengan Arasy di sekitar shopping complex itu. Mereka hanya berjalan tanpa hala tuju. Dia tiada perasaan untuk membeli-belah. Arasy di sebelah di kerling. Dia sedikit ragu dengan kenyataan lelaki itu sebentar tadi. Kata Arasy, dia tidak kaya. Tapi melihat gaya Arasy berpakaian membuatkan dia kurang percaya.Lihat saja pakaian lelaki itu sekarang. Sekali imbas dia pasti jaket hitam yang dipakai Arasy berasal dari jenama yang mahal. Dolce & Gabbana. Siapa sahaja yang tidak mengetahui jenama mewah yang terkenal di serata dunia itu. Bukan terkenal kerana kualitinya yang baik, jenama itu juga terkenal dengan harga yang cekik darah.
Perlukah Amanda memeriksa jenama jaket yang dipakai Arasy untuk memastikan dia betul? Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak boleh melakukan perkara yang 'bodoh' sekali lagi. Nanti tak pasal-pasal Arasy menganggapnya gatal. Haisy!
Tak mahu dia dichop gatal. Sudahlah Arasy kini sudah faham benar dengan perangai selamba dan tidak tahu malunya itu.
"Awak kenapa ni Amanda? Dari tadi saya tengok awak asyik curi pandang saya je. Saya tahu lah saya kacak. Tapi tak perlu kut awak pandang sampai macam ni.." Balas Arasy selamba. Amanda tayang wajah menyampah.
"Saya pandang awak sebab saya tak percayakan awak." Entah di mana kekuatan Amanda untuk berterus-terang dengan Arasy. Arasy mengerut keningnya.
"Kenapa awak tak percayakan saya?" Soal Arasy pelik. Langkah dihentikan membuatkan Amanda turut berhenti. Amanda mengeluh kecil. Wajah kacak Arasy dipandang lama.
"Awak anak orang kaya kan?"
"Kenapa awak cakap macam tu?"
Tangan Amanda dibawa ke udara lalu diletakkan di atas bahu Arasy. Nasib tangannya sampai untuk menyentuh bahu lelaki itu. Sudahlah Arasy tu tinggi. Dia pula yang nampak kentot sekarang ini.
"Saya tahu jaket yang awak pakai sekarang ni dari jenama yang mahal. Jam tangan awak tu, jam rolex tau. Sekali saya tengok saya dah tahu jam tu jam ori. Kenapa awak tipu saya cakap awak tak kaya?" Tanya Amanda penuh makna. Arasy tersenyum kekok.
"Saya tak kaya tau. Daddy saya yang kaya. Saya tak ada harta. Semua harta yang saya ada ni, harta daddy saya. Saya tak ada apa-apa tanpa daddy saya, Amanda." Jawab Arasy dengan senyuman. Amanda menjeling Arasy geram.
"So, sudi nak kawan dengan saya?" Tanya Arasy lagi. Amanda tersenyum kecil dengan anggukan.
"Mestilah. Lagipun saya pun tak kaya. Semua barang yang saya ada, dibeli dengan menggunakan duit papa, duit mama, duit ibu atau duit dari abang dan kakak saya. Jadi kita sama lah Arasy. Terhutang budi dengan keluarga. Huhu.." Balas Amanda sedih. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Mereke kemudiannya kembali berjalan.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...