"I have found my happiness."
Kak Murni dan Husna mula meminta diri untuk pulang ke meja masing-masing sebaik sahaja melihat kelibat Arasy dan Jazmy di situ. Arasy mendekati meja Amanda. Sekeliling meja Amanda di pandang. Betul apa yang diberitahu Amanda melalui telefon tempoh hari. Amanda tidak mempunyai bilik. Kawasan meja Amanda itu agak kusam dan sedikit kotor. Meja Amanda dipegang lalu digoncang kuat."Arasy, awak buat apa ni?! Roboh lah meja ni nanti!" Marah Amanda apabila perbuatan Arasy itu. Lengan Arasy ditepuk berkali-kali agar lelaki itu berhenti. Roboh meja itu, satu kerja pula nak mengutip barangnya yang sudah dimasukkan ke dalam kotak jika meja itu tumbang.
"Jaz."
"Ye Tuan."
"Siapa yang uruskan kebajikan pekerja dekat sektor ni?" Tanya Arasy tegas.
"Cik Mazni Tuan."
"Panggil dia datang sini!" Tegas Arasy bersuara membuatkan Jazmy mengangguk pantas. Jarinya menekan sesuatu pada iPad yang dipegangnya sedari tadi.
Amanda buat muka toya. Patutlah wajah Jazmy tegang je sentiasa, rupanya belajar dari 'bos' dia. Teringat pula waktu kali pertama dia berjumpa dengan Jazmy. Lelaki itu asyik memandangnya atas bawah. Sudah lah wajah masam tanpa senyuman. Tegang pula itu.
Apabila Arasy menyuruh Jazmy menggantikan tempatnya waktu itu kerana Arasy mahu menghantarnya, tegang betul wajah lelaki itu. Dia pula dipandang bagaikan mahu ditelan. Aduhai, manusia!
Seketika kemudian Cik Mazni datang ke meja Amanda dengan senyuman manis di bibirnya. Amanda buat muka meluat. Inikah contoh manusia yang hipokrit? Di hadapan pekerja bawahan, senyum pun tidak. Asyik ditengking sahaja pekerja yang tidak bersalah. Kini, elok sahaja wanita itu tersenyum manis pada majikannya. Fake!
"Ada apa ye Tuan Arasy nak jumpa saya? Jarang betul Tuan Arasy datang melawat pekerja di sektor kami." Ujar Cik Mazni ramah bersenta senyuman di bibirnya.
"Sebab saya jarang melawat, sektor ni dah bagaikan tempat penglupusan sampah." Tegas Arasy bersuara. Cik Mazni tersentak. Hilang terus senyuman di bibirnya. Kedua-dua tangannya digenggam sesama sendiri dengan wajah yang menunduk.
"Setiap bulan syarikat bagi peruntukan kepada ketua sektor untuk membaik pulih ruangan di sektor mereka. Tapi saya tak nampak apa-apa perubahan dalam sektor ni. Sektor ni dah seperti kawasan perlupusan sampah, awak tahu tak? Mukhriz Group! Syarikat terhebat di dunia. Tak mungkin ada pekerja kami bekerja dalam kawasan yang terlampau teruk macam ni!" Marah Arasy kuat. Meja Amanda ditumbuk kuat bagi melepaskan amarah membuatkan bunyi berdentum kedengaran. Amanda terkejut.
"Arasy! Habis barang saya!" Marah Amanda apabila meja tersebut roboh serta merta. Barang-barangnya yang sudah dimasukkan ke dalam bakul mula berterabur di atas lantai. Dia memeluk tubuh memandang Arasy dengan wajah masam.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...