Tuan Arasy | 22

1.4K 59 4
                                    

"I did everything I could to keep you in my life."

Amanda melangkah keluar dari Lift VVIP tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda melangkah keluar dari Lift VVIP tersebut. Senyuman diukir kepada Mak Cik Salmah, cleaner yang sibuk menyapu di ruangan tersebut. Langkah diatur ke bilik Arasy. Hari ini dia memakai pakaian yang agak simple. Hoodie berwarna merah jambu bersama seluar jeans hitam. Rambutnya pula dibiarkan bebas. Hari ini dia tidak membawa beg tangan. Dia hanya membawa bag pack berwarna merah jambu sahaja. Mudah!

"Cik Amanda, Tuan Arasy tak ada."

Amanda mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Jazmy. Lelaki itu kelihat segak dengan suit hitam di tubuhnya. Pantas sahaja lelaki itu menahan dirinya dari terus meluru masuk ke bilik Arasy.

"Arasy pergi mana?" Amanda bertanya sambil Jazmy dipandang untuk mendapatkan jawapan.

"Tuan Arasy ada kerja sikit dekat luar. Mungkin dia tak masuk office lagi dah. Apa kata Cik Amanda balik dulu.." Pujuk Jazmy sambil mengukir senyuman nipis. Amanda mengerutkan dahinya.

"Arasy tak cakap pun dekat saya yang dia ada kerja dekat luar. Dia ada kerja apa?" Amanda menyoal lagi. Jazmy mula berfikir sejenak.

"Tuan Arasy ada kerja. Kerja apa tu saya tak boleh beritahu."

"Alaa, Jazmy. Saya kan kekasih Tuan Arasy awak tu. Beritahu jelah saya. Dia ada kerja apa dekat luar?" Tanya Amanda mengesa. Dia cuba untuk tawar-menawar dengan pembantu peribadi Arasy itu. Tapi dia tahu dia tak mungkin berjaya.

"Cik Amanda baru jadi kekasih Tuan Arasy, bukan isteri dia lagi." Ujar Jazmy tergas. Kini wajah beku dia pamerkan. Dia tidak boleh termakan dengan pujuk rayu Amanda. Bocor rahsia Tuan Arasy nanti. Habislah dia kena marah. Bahaya!

Amanda mencebik kecil.

"Alaa, awak ni Jazmy. Saya bukan tahu apa-apa pun pasal syarikat ni. Kalau awak beritahu saya pun, apa boleh saya buat? Saya tak boleh buat apa-apa." Balas Amanda mengeluh.

"Sebab tu saya cakap Cik Amanda tak payah tahu. Cik Amanda balik jelah." Balas Jazmy sebelum melangkah ke mejanya. Dia sudah malas mahu melayan kerenah Amanda. Dia bukan seperti Tuan Arasy yang sentiasa cair dengan pujukan manja Amanda tu. Eh?

"Awak halau saya, Jazmy?" Tanya Amanda dengan riak terkejut. Dia mengekori Jazmy sehingga ke meja lelaki itu. Jazmy yang duduk di kerusi dipandang geram.

"Bukan halau. Saya cuma cakap apa yang betul. Baik Cik Amanda balik. Kalau Cik Amanda tunggu dekat sini, tak ada gunanya juga. Tuan Arasy tak akan masuk office lagi dah." Balas Jazmy sambil menghidupkan laptop miliknya. Baik dia buat kerja lagi baik.

Amanda mencebik kecil. Seketika kemudian dia terpandang sebuah pintu yang amat mewah dimatanya. Dia melangkah mendekati bilik itu. Dinding bilik itu yang diperbuatkan daripada kaca membuatkan dia dapat melihat dengan jelas isi yang ada di dalam bilik itu. Cantik!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now