"You may be gone from my sight but you're never gone form my heart."
Amanda memandang bangunan yang terbina megah di hadapannya itu dengan pandangan kosong. Dia masih tercegat di hadapan bangunan itu. Dia serba salah untuk melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dia menerima sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia ditawarkan bekerja di syarikat itu bermula hari ini.
Entah mengapa dia terima.
Dia tidak mahu dijodohkan dengan Zarif. Dia juga tidak mahu bekerja dengan papanya. Dia hanya mahu hidup serba sederhana. Tapi apakan daya, dia tak mampu. Dia telah dilahirkan dalam sebuah kehidupan yang serba mewah. Tak mungkin dia dapat menukar hakikat yang satu itu.Telefon pintarnya yang tiba-tiba berbunyi mengeluarkan lagu imagination by shawn medes membuatkan lamunan Amanda terhenti. Beg tangannya yang bersaiz kecil yang hanya mampu memuatkan telefon pintar, purse dan sedikit kepeluan peribadi dibuka. Panggilan tersebut dijawab sebaik sahaja telefon pintarnya dirapatkan ke telinga.
"Assalamualaikum. Awak ada dekat mana tu Amanda?" Tanya si pemanggil dengan nada lembut.
"Waalaikumussalam. Saya dah ada depan bangunan Mukhriz Group ni. Arasy... Saya takut lah..." Rengek Amanda perlahan. Tidak mahu perbuatannya menjadi perhatian. Sudahlah pakaiannya seperti pelajar bawah umur.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...