Tuan Arasy | 58

1.4K 78 3
                                    

"The truth hurts, but silence kills."

Bingkai gambar sepasang suami isteri bersama seorang remaja lelaki dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bingkai gambar sepasang suami isteri bersama seorang remaja lelaki dipandang lama. Anak mata Arasy jatuh pada wajah si suami yang tersenyum bahagia di bingkai itu. Entah mengapa timbul rasa kesal di dadanya saat ini. Walaupun Tuan Kamal telah melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baiknya tetapi sebagai seorang manusia yang berhati perut, dia tak sanggup melihat kematian lelaki itu.

Benar. Dia cukup marahkan Tuan Kamal kerana bersengkokol dengan ghost untuk memusnahkannya. Tetapi dia tahu ada sebab mengapa lelaki itu berbuat sedemikian. Entah mengapa, dia tak mampu bergembira di atas kematian lelaki itu.

'Kau memang bangsat, ghost!' Maki Arasy dihati.

Siapa lagi yang sanggup membunuh jika bukan seorang manusia bergelar ghost? Hanya ghost manusia yang tidak berhati perut! Tapi pantaskah ghost dipanggil manusia? Ghost sepatutnya dipanggil binatang!

"Tuan."

Suara Zynn memecah lamunan Arasy. Pantas sahaja kepalanya dipusingkan ke arah orang kanannya. Senyuman nipis dia ukir buat Puan Normah yang berdiri di sebelah Zynn. Sekarang dia berada di majlis tahlil yang dibuat untuk arwah Tuan Kamal di kediaman mereka.

"Boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Puan Normah dengan satu pandangan yang cukup bermakna. Anak matanya bagaikan menyampaikan pesanan supaya Arasy mahu menerima pelawaannya. Tanpa balasan, Arasy menganggukkan kepalanya.

"Di bilik kerja arwah boleh? Di sini terlampau ramai orang. Zynn pun boleh ikut sekali kalau Arasy tak selesa." Lembut sahaja suara Puan Normah berkata.

Arasy memandang Zynn seketika. Anggukan yang dibuat Zynn membuatkan Arasy setuju. Mereka bertiga mula melangkah ke bilik kerja arwah Tuan Kamal yang berada di tingkat 2 banglo 2 tingkat itu. Puan Normah sempat berpesan kepada salah seorang ahli keluarganya supaya dia tidak diganggu buat seketika ketika dia bertembung dengan adiknya sewaktu ke tingkat 2.

Arasy memandang persekitaran bilik kerja arwah Tuan Kamal seketika. Kemas tersusun dan teratur semua perabut membuatkan bilik itu kelihatan cukup luas dan sedap mata memandang.

"Duduk Arasy, Zynn." Pelawa Puan Normah lembut. Wanita itu duduk di kerusi kerja arwah suaminya dengan senyuman. Arasy dan Zynn mula mengambil tempat di hadapan Puan Normah dengan perasaan berkecamuk. Hati mereka bertanya-tanya mengapa Puan Normah mahu berjumpa dengan mereka berdua atau lebih tepat untuk berjumpa Arasy.

"Ini ruang kerja arwah suami saya. Di sinilah tempat dia menghabiskan masa sepanjang hari. Sofa kecil di sana adalah tempat untuk saya membaca semua novel yang saya miliki. Arwah tahu saya tak boleh berenggang dengan dia, dia belikan saya novel supaya saya tak bosan menunggu dia menghabiskan kerja-kerja dia yang tak pernah habis." Senyuman manis terukir di bibir Puan Normah apabila mengingati memori indah ketika suaminya masih berada di sisinya.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now