"Move in silence. Only speak when it's time you say checkmate!"
Qasy memandang Redza yang memandu di sebelahnya dengan wajah keliru. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap. Hanya kegelapan malam sahaja yang menjadi perhatiannya saat ini. Entah ke mana Redza mahu membawa mereka bertiga saat ini. Jalan berbatu yang dilalui mereka membuatkan hatinya gusar.Redza masih tenang memandu di sebelahnya. Raider di belakang sibuk dengan komputer ribanya. Entah apa yang lelaki itu lakukan. Sibuk betul! Nick pula setelah pulang dari Death Ground terus terlelap. Walaupun kereta mereka sedikit bergoyang-goyang kerana jalan yang berbatu tetapi Nick langsung tidak terganggu.
“Kau nak bawa kita orang pergi mana ni?” Qasy menyoal kegeraman. Dia sudah tidak sanggup berada dalam kebingunan.
“Bootcamp.”
“Bootcamp? Tempat apa tu?” Qasy menyoal lagi. Bootcamp Pubg dia tahu lah!
“Bootcamp tu tempat rahsia aku. Maybe kau akan selesa sikit dekat sana.” Redza ukir senyum kecil. Qasy mengeluh kecil.
“Kita nak buat apa dekat sana?” Soal Qasy berminat ingin tahu. Pasti ada sesuatu yang bagus di sana. Jika tidak, mengapa Redza bersusah payah memandu ke dalam hutan tebal sebegini.
“Kau akan tahu kejap lagi.” Balas Redza dengan senyuman apabila keretanya mula memasuki perkarangan villa yang cukup besar.
Qasy memandang sekeliling. Kelihatan sebuah truck besar yang memuatkan sebuah kontena yang cukup besar dan tinggi di halaman Villa itu.“Jom turun.” Redza mula memberi arahan sebaik sahaja keretanya mula berhenti di hadapan pintu utama villa itu.
“Redza…”
Redza berpaling ke arah si pemanggil yang berada di muka pintu. Qasy turut berbuat sedemikian. Raider mula menggalas beg sandangnya sambil mengejutkan Nick yang terbaring di sebelahnya. Terpisat-pisat lelaki itu bangun dari tidurnya.
“Macam mana?” Redza menyoal Kyle di hadapannya itu.
“Everything under my control. Don’t worry okay…” Wanita muda itu sekadar menguntum senyuman.
“Roy, Jeremy! Bila korang datang?” Nick mula berlari memeluk dua lelaki yang berbadan sasa di hadapannya saat ini.
“Semalam.”
“Macam mana korang datang?” Raider pula menyoal.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...