"The only try you will regret is the one you don't take!"
Ashraf yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Arasy bersama bungkusan McDonalds mengerutkan dahi apabila melihat Arasy yang terbaring lemah di atas sofa dengan lengan di dahi. Pandangannya dihalakan pula ke arah Zynn dan Jazmy yang berwajah keruh di suatu sudut di bilik itu.
'Kenapa tu?' Ashraf menyoal tanpa bunyi. Sekadar isyarat mulut sahaja yang diberikan kepada Zynn dan Jazmy.
'Jangan kacau!' Jazmy mula bersikap keras dengan isyarat yang sama.
Ashraf tayang wajah bosan. Kepalanya dikalihkan ke arah Arasy buat seketika sebelum dia kembali memandang Zynn dan Jazmy.
'Kenapa tu?' Ashraf ulang soalan yang sama tanpa suara.
'Mood Tuan tak elok. Baik Tuan Ash balik dulu.' Kali ini Zynn pula menjawab dengan isyarat yang sama setelah Jazmy mengeluh kasar. Payah bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni.
Ashraf buat muka tidak puas hati. Dia meletakkan bungkusan McDonalds di atas meja kopi sebelum bantal kecil di sofa berdekatan diambil lalu dibaling ke muka Arasy. Zynn terkedu. Jazmy tergaman.
"Wei, kau asal?" Ashraf menyoal lagi apabila Arasy bangun setelah wajah lelaki itu bantal yang dibaling hinggap ke wajah lelaki itu.
"Aku okay je. Kenapa kau datang?" Tanya Arasy sambil meraup wajahnya kasar.
Ashraf menguntum senyuman sinis."Macam ni kau cakap okay? Muka macam mayat hidup kau cakap kau okay? Okay celah ketiak kau!" Bentak Ashraf kegeraman. Nak menipu pun fikir logik lah sikit. Muka pun dah macam ayam berak kapur ada hati nak menipu. Okay atuk dia!
"Aku tengah stress." Pendek sahaja Arasy menuturkan kata.
"Kenapa?" Ashraf menyoal sambil tangannya sibuk membuka bungkusan burger Spicy Chicken McDeluxe.
"Amanda dah tinggalkan aku."
Ashraf mengerutkan keningnya. Amanda?
"Siapa Amanda tu?"
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...