"You can't change the situation, the only thing you can change is how you chose to deal with it."
Suasana di litar itu kelihatan sungguh meriah. Para penyokong mula memenuhi tempat duduk pengunjung. Pengunjungnya datang dari pelbagai negeri dan kategori usia untuk menyokong pelumba-pelumba kegemaran mereka. Bukan sahaja orang dewasa yang teruja untuk menonton perlawanan kereta lumba tersebut malah kanak-kanak dan golongan dewasa tidak kecuali.
Para pengunjung mula memenuhi kawasan tempat duduk pengunjung untuk menonton dan bersorak bagi memberikan semangat kepada pelumba-pelumba muda akan bertanding dalam Drift Championship di Batu Kawan.
Amanda dan ahli keluarganya tidak terkecuali. Bapanya, Tan Sri Khalid merupakan penyumbang utama dalam kumpulan The Great Racer, salah sebuah kumpulan yang bertanding dalam perlumbaan kereta itu. Tambahan pula, salah seorang abangnya turut menyertai pertandingan itu.
Khairul Adha Tan Sri Khalid. Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar sebaris nama itu. Nama pelumba yang sentiasa di sebut-sebut di arena perlumbaan. Bukan sahaja mempunyai bakat dan kemahiran dalam perlumbaan. Khairul Adha juga memiliki wajah yang tampan kerana mewarisi wajah kacak dan jelita Tan Sri Khalid dan Puan Maryani.
Puan Sri Hasmawati yang menyedari kegelisahan anak gadisnya menguntum senyuman kecil. Dia menghampiri anak gadisnya itu lalu bahu Amanda digosok perlahan. Amanda mengangkat muka memandang wajah mamanya.
"Manda risaukan Adha ke?" Tanya Puan Sri Hasmawati kepada anak bongsunya itu. Amanda menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan.
"Race dah nak start. Abang Adha mana? Mama tahu kan abang Adha tak sihat? Manda risau lah..." Amanda menyuarakan kerisauan yang melanda hatinya.
Entah mengapa hatinya berdebar kencang. Bukan sekali dua dia datang ke litar untuk menonton perlumbaan yang disertai abangnya. Setiap kali Adha berlumba, mereka sekeluarga pasti datang ke litar untuk memberikan semangat kepada pelumba muda itu.
"Manda, ibu yakin yang Adha akan okay. Manda tahu kan Adha kuat?" Tanya Puan Maryani memujuk. Amanda tersenyum nipis memandang wajah ibu tirinya itu.
Pasti ramai yang pelik mengapa dia mempunyai dua orang ibu. Mama, Puan Sri Hasnawati merupakan isteri pertama Tan Sri Khalid dan merupakan ibu kandungnya dan Kayden Amsyar, abang kesayangannya yang kini belajar di Jepun.
Puan Maryani pula merupakan isteri kedua dan merupakan ibu kepada Kaisara Amelia dan Khairul Adha. Walaupun Amanda hanya adik-beradik sebapa dengan Khairul Adha, hubungan mereka cukup rapat. Adha cukup prihatin padanya. Lelaki itulah yang sentiasa membantunya dan melindunginya tak kala abangnya, Kayden tiada.
Jarak usianya dan Kayden yang cukup jauh membuatkan dia lebih rapat dengan Adha. Adha selalu menceriakan harinya. Hubungannya dengan ibu tirinya, Puan Maryani yang disapa ibu juga agak rapat. Wanita itu melayannya dengan baik.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...