Tuan Arasy | 52

1.4K 61 2
                                    

"Sooner or later all the secrets are revealed."

7 TAHUN SEBELUMNYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

7 TAHUN SEBELUMNYA...

Qasy bercangkung di tepi jalan itu dengan mulutnya berkumat-kamit mengutuk Auncle Lim. Kata lelaki tua itu, dia ada perbincangan sekejap sahaja. Jam di tangannya dikerling. Pukul 12 malam? Perbincangan apa malam-malam macam ni?

Qasy yang lenguh bercangkung kemudiannya berdiri. Stor kereta yang berada di hadapannya itu dipandang lama. Entah kenapa kakinya mula bergerak menghampiri stor kereta itu tanpa dia sedar. Keningnya terjongket apabila melihat Roller Shutter Door itu kelihatan terbuka. Qasy memandang sekeliling. Siapa yang buka?

Tanpa gentar dia mula menyusup masuk ke dalam pintu yang terbuka kecil itu. Ruangan yang gelap menyapa pandangannya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Satu cahaya malap yang menyuluh pada satu tempat membuatkan keningnya terjungkit.

'Itu tempat kereta abang Arasy.' Gumannya dihati.

Qasy mula melangkah perlahan-lahan ke arah ruangan yang bercahaya malap itu.

"Abang Johan buat apa ni?"

Johan yang baru sahaja menyusup keluar dari bawah kereta lumba Arasy terkedu apabila melihat Qasy, anak angkat Auncle Lim yang berusia 13 tahun itu dihadapannya saat ini.

"Ni kereta abang Arasy kan? Abang nak repair apa?" Qasy menyoal lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni kereta abang Arasy kan? Abang nak repair apa?" Qasy menyoal lagi. Dia mula menjenguk-jenguk ke bawah kereta Arasy. Dia ingin mengetahui mengapa Johan berada di situ pada waktu sebegitu.

"Qasy, Qasy." Johan pegang kedua-dua belah bahu Qasy membuatkan Qasy kaku di tempatnya.

Qasy yang tadinya mahu mendekati kereta lumba itu terhenti. Wajah pucat Johan dipandang pelik.

"Abang repair apa yang patut. Auncle Lim mana? Qasy pergi balik. Dah lewat."

Johan bertanya dengan kalut sambil menolak-nolak tubuh Qasy keluar dari tempat itu. Qasy yang masih tidak mengetahui apa-apa sekadar mengikuti semua kata-kata Johan.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now