Tuan Arasy | 43

1.5K 56 4
                                    

"Don't let the behaviour of other destroy your inner peace."


Raisya menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat lagak Amanda yang bagaikan cacaing kepanasan saat ini. Gadis itu kehulu-kehilir dengan weeding dress yang labuh menyesakkan matanya memandang. Semalam sewaktu akad nikah, tenang sahaja gadis itu. Sekarang, dia pula yang bagaikan nak meraung?

 Sekarang, dia pula yang bagaikan nak meraung?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Kayla Amanda)

"Kau tenang sikit boleh tak? Peninglah aku tengok!" Tegur Raisya menyampah. Dia pula yang naik darah apabila melihat kelakuan Amanda. Takut sangat!

"Saya nervous lah Raisy. Awak ingat saya ni tak takut? Saya takutlah!"

Rengek Amanda sambil dia berjalan kehulu kehilir di ruangan menunggu itu dengan wajah gelisah. Raisya mengeluh kecil. Mengada-ngada! Kalau sebelum ni dia berani saja ajak Arasy kahwin. Sekarang nak bersanding, gelabah lah pula!

Sara, pekerja Raisya sekadar tersenyum kecil apabila melihat gelagat Amanda yang kelihatan comel di matanya. Semua pengantin akan berasa risau dan gementar apabila menjelang majlis persandingan mereka. Dia baru sahaja 4 bulan menjadi pekerja di RaiHa Caterer & Bridal, tapi dia sudah lali dengan gelagat pengantin perempuan yang memilih servis mereka.

Ada pengantin yang terlampau berani dan teruja sehingga tidak sabar untuk ke Wedding Hall. Ada juga pengantin perempuan yang terlalu takut sehingga menangis. Satu kerja pula dia mahu memperbaiki solekan di wajah si pengantin yang sudah luntur kerana air mata.

"Raisya..." Amanda merengek lagi. Tangannya mula menggenggam tangan Raisya.

"Sejuk kan tangan saya? Saya takut ni..." Amanda merengek lagi. Dia bagaikan mahu menangis kerana terlampau takut. Raisya mula membulatkan matanya. Amanda dipandang tajam.

"Eh, kau jangan mengada-ngada nak nangis! Satu hal pulak si Sara ni nak touch up balik make up kau! Jangan nak mengada-ngada lah! Aku malas nak layan kau, tahu tak!" Marah Raisya kegeraman. Belas kasihannya pada Amanda sudah hilang apabila melihat perangai mengada-ngada gadis muda itu. Menyampah!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now