Tuan Arasy | 10

1.7K 68 5
                                    

"When I listen to my heart, it whispers your name."

Amanda membuka matanya perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengerut dahi apabila melihat kawasan bilik itu yang serba putih. Tangannya naik ke kepala lalu kepala diketuk perlahan. sakit. Maknanya dia tak bermimpi. Tapi dia di mana?

Setahunya biliknya dihiasi dengan katil queen dan perabut-perabut mewah yang berwarna pink. Biliknya berwarna merah jambu. Di manakah dia sekarang? Bilik siapakan ini?

"Ouch."

Amanda mengerang kesakitan apabila tangannya berasa pedih. Tangan kanannya dipandang. Jarum? Adakah dia berada di hospital? Tapi kenapa?
Pintu yang tiba-tiba terbuka membuatkan Amanda tersentak. Matanya membulat memandang ke arah pintu biliknya itu. Bukan kerana pintu yang terbuka tapi kerana melihat gerangan yang melangkah masuk ke bilik rawatannya itu. Orang itu melabuhkan punggung di kerusi di sisi katil sambil memandangnya tajam.

"Awak dah gila ke Amanda?"

Senyuman yang tadinya terukir elok di bibir Amanda apabila melihat wajah Arasy kian pudar apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut jejaka itu. Amanda memeluk tubuh sambil mencebikkan bibirnya. Sentap!

Arasy mengeluh kecil. Wajah pucat Amanda dipandang lama. Dia sayangkan gadis itu. Tapi mengapa gadis itu tidak menyayangi dirinya sendiri?

"Kenapa awak cuba bunuh diri Amanda?"

Pertanyaan Arasy dibiarkan sepi tanpa jawapan. Dia merajuk apabila lelaki itu menuduhnya gila. Layakkah gadis secantik dan secomel dia, digelar gila? Dia Kayla Amanda kut! Anak jutawan terkenal di Malaysia. Sejak bila dia gila? Tapi betul lah dia gila. Dia tergila-gilakan Arasy!

Arasy menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat Amanda yang tersenyum-senyum sendirian. Sah, gadis itu mental!

"Amanda, bunuh diri tu berdosa besar. Awak tahu tak?" Tanya Arasy lembut. Dia cuba bersabar dengan kerenah Amanda yang mengada-ngada ini. Amanda mencebik kecil.

"Tahu."

"Kalau tahu, kenapa buat?"
Amanda tayang wajah jelik. Wajah tampan Arasy dipandang menyampah.

"Bila masa saya cuba nak bunuh diri?" Tanya Amanda pelik. Arasy menjongket keningnya apabila mendengar soalan Amanda.

"Pagi tadi tu apa? Mama awak jumpa awak terapung-apung dalam kolam renang. Awak cuba nak bunuh diri sebab saya dah tinggalkan awak kan? Amanda, saya tinggalkan awak sebab mama dan papa awak tak boleh terima saya. Kenapa bila awak ada masalah, awak mesti nak bunuh diri? Bunuh diri je ke jalan yang awak ada? Hah?" Tanya Arasy panjang lebar. Dia geram dengan Amanda yang selalu pasrah dengan dugaan kehidupan yang gadis itu lalui sekarang.

Amanda mengecilkan anak matanya memandang Arasy.

"Awak percaya ke yang saya cuba untuk bunuh diri?"

Arasy berfikir sejenak apabila mendengar soalan yang diajukan Amanda kepadanya. Amanda selalu memberitahunya bahawa gadis itu mahu membunuh diri. Tapi gadis itu tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now