"I never thought love was worth fighting for but then I look into your eyes I'm ready for war."
"Morning sayang.."Amanda tersenyum kecil apabila Arasy mendekatinya yang sibuk menyiapkan sarapan untuknya dan Arasy. Pelukan di tubuhnya membuatkan Amanda tergelak kecil. Tubuhnya dipusingkan kebelakang sebelum pipi Arasy dicium sekilas.
"Morning!" Ujar Amanda ceria. Arasy tersenyum kecil.
Amanda pusing tubuhnya ke hadapan kembali. Tangannya ligat menyiapkan sandwich yang menjadi menu utama mereka pagi itu.
"Kenapa sayang tak suruh Puan Ina je yang masak?"
"Kenapa nak suruh dia yang masak? Jap, saya nak tanya awak ni Arasy. Saya atau Puan Ina isteri awak? Siapa?" Tanya Amanda sambil pusingkan tubuhnya mengadap Arasy. Wajahnya sudah bertukar merah, marah! Tajam sahaja anak matanya menikam anak mata suaminya.
Arasy tergelak kecil.
"Siapa lagi isteri saya kalau bukan budak comel depan saya ni." Pujuk Amanda sambil pelukan dipinggang Amanda dieratkan, mesra. Amanda menjulingkan matanya ke atas.
"Habis tu kenapa nak suruh Puan Ina masakkan untuk awak? Saya isteri awak Arasy. Saya sepatutnya buatkan awak sarapan. Kenapa nak suruh isteri orang lain buat sarapan untuk awak kalau awak dah ada isteri? Baik awak kahwin dengan dia je. Tak payah kahwin dengan saya!" Ujar Amanda seperti menjauh hati. Wajahnya ditundukkan.
Arasy tersenyum kecil.
"Sayang... Saya sayangkan awak. Saya tahu awak penat sebab tu saya tak nak kacau awak. Saya nak awak rehat. Biar awak cukup rehat sebab selepas ni kita nak main air. Awak teringin nak snorkeling kan?" Tanya Arasy lembut, memujuk. Jari telunjuknya menolak dagu Amanda ke atas. Amanda mencebik kecil.
"Okay, I'm sorry sayang. Sorry okay. Janji tak buat lagi."
Arasy angkat tangan bagaikan sedang bersumpah.
"Janji?" Amanda menduga lagi.
"Janji sayang..."
"Awak buat apa ni?" Tanya Arasy yang melabuhkan punggungnya ke kerusi sambil memandang Amanda di hadapannya. Dia bagaikan sedang menopang dagu memandang isteri kesayangannya itu.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...