Tuan Arasy | 49

1.2K 58 0
                                    

"If I know what love is, it is because of you."

Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Khaleeda tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira anak dan menantunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Khaleeda tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira anak dan menantunya itu. Wajah gembira yang ditunjukkan Arasy membuatkan mereka berdua menghela nafas lega. Akhirnya setelah bertahun Arasy hidup dalam kesedihan, anaknya itu mampu meraih bahagia.

Melihat wajah ceria Amanda yang rancak menunjukkan cenderahati yang dibawa pulang dari Maldives membuatkan hatinya riang. Mereka tahu bahawa Amanda bahagia hidup bersama Arasy. Cukup bahagia.

"Apa souvernir untuk mummy?" Soal Puan Sri Khaleeda pada menantunya itu.

"Ada, jap Manda cari kejap."

Amanda yang bersila di atas karpet bulu mewah itu mula menyelongkar kotak-kotak cenderamata yang dibelinya tadi. Banyak sangat cenderamata yang dibelinya sehinggakan dia sendiri pening melihat barang-barang yang terlampau banyak di hadapannya itu.

"Banyak sangat souvernir yang menantu mummy ni beli." Usik Puan Sri Khaleeda sambil melirik ke arah suaminya di sebelah. Dia juga seperti Amanda ketika dia masih muda. Begitulah kerenahnya ketika dia dan suaminya berbulan madu dahulu.

"Mummy, nasib baik kita orang pergi dengan private jet. Kalau tak memang buang je lah souvenir yang bertimbun ni." Usik Arasy pula. Amanda jeling Arasy tajam.

"Baby boo..." Amanda mula merengek. Arasy yang duduk di sofa sekadar tersengih.

"Gurau je sayang. Jangan marah-marah tau. Nanti dah tak comel dah baby girl saya ni." Pipi Amanda dicubit lembut membuatkan gadis itu memuncungkan mulutnya seketika. Merajuk.

"Tapi betul lah tu. Harta suami untuk isteri. Siapa lagi yang nak habiskan harta suami sendiri kalau bukan kita, kan Amanda."

Amanda menganggukkan kepalanya berkali-kali dengan wajah gembira. Gembira apabila ibu mertuanya menyokongnya.

"Betul kana bang?" Soal Puan Sri Khaleeda pada suaminya.

"Betul lah sayang. Kita kerja kuat-kuat untuk bagi bini kita shopping je Arasy. Ingat tu." Perli Tan Sri Mukhriz selamba membuatkan Arasy ketawa besar. Laju sahaja lelaki itu menyokong kata-kata ayahnya itu.
Puan Sri Khaleeda menjeling suaminya tajam.

"Awak nak tidur dekat luar ke?" Puan Sri Khaleeda menjongket keningnya berkali-kali. Tan Sri Mukhriz ketawa kecil. Bahu isterinya dipeluk erat.

"Ala, sorry lah sayang. Abang gurau saja. Mana boleh abang tidur luar. Seram, ada hantu." Balas Tan Sri Mukhriz selamba membuatkan Arasy dan Amanda ketawa kecil. Kelakar melihat telatah mummy dan daddynya itu.



 Kelakar melihat telatah mummy dan daddynya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuan Arasy!Where stories live. Discover now