"What's done in the dark, will come to the light."
Arasy tersenyum kecil apabila melihat wajah gembira Amanda apabila melangkah masuk ke dalam mansion miliknya yang sudah diubah suai mengikut citarasa Amanda. Jika sebelum ini mansion miliknya itu serba hitam, kini mansion itu sudah kembali ceria dengan adanya Amanda.
Isterinya itu kelihatan sungguh ceria dan gembira apabila melihat renovasi yang dia lakukan terhadap mansion itu. Dia masih tidak dapat lupakan wajah sedih Amanda sewaktu dibawa ke mansion miliknya dua bulan yang lalu. Kata Amanda mansion miliknya bagaikan rumah berhantu. Seram!"Jazmy."
"Ye Tuan."
"Say thank you to Sue. She did well."
Jazmy menganggukkan kepalanya perlahan. Ruangan mansion milik Tuan Arasy dipandang lama.
"Mansion ni nampak gegirl." Selamba sahaja Jazmy mengutuk.
"Aku dah ada isteri."
"Tapi macam geli. Gegirl sangat. Mana perginya image dark cool Tuan Arasy kita ni?" Jazmy mengutuk lagi.
Arasy sekadar mendiamkan diri. Dia memeluk tubuh dengan wajah beku. Kata-kata Jazmy langsung tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.
"Baby boo..."
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...