Tuan Arasy | 36

1.3K 64 2
                                    

"As individual we are strong. Together, with God, we are unstoppable."

Amanda memandang pintu bilik berwarna putih itu dengan seribu satu perasaan yang terbuku di hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda memandang pintu bilik berwarna putih itu dengan seribu satu perasaan yang terbuku di hatinya. Berbekalkan secebis kekuatan yang masih tersisa di dalam dirinya, tombol pintu itu dipulas lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Senyuman nipis dia ukir sebaik sahaja melihat potret seorang lelaki yang memakai pakaian lengkap pelumba di sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik itu.

Senyuman nipis dia ukir sebaik sahaja melihat potret seorang lelaki yang memakai pakaian lengkap pelumba di sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik itu masih sama seperti tujuh tahun yang lalu. Haruman bilik itu seakan-akan tidak berubah walaupun sudah bertahun-tahun tidak berpenghuni. Bilik itu sentiasa bersih. Ibu sentiasa memastikan kebersihan bilik itu terjaga walaupun Adha sudah tiada.

Amanda masuk ke bilik itu hanya kerana satu tujuan. Dia mahu mencari tahu sejauh mana kesahihan cerita Qash tentang hubungan Adha dengan perempuan yang ditunjukkan Qash sebentar tadi. Amanda mula melangkah ke arah dressing table yang terdapat di dalam bilik itu. Setiap laci dibuka untuk mencari pertunjuk yang ada. Tapi seketika kemudian, Amanda mengeluh kecil.

Langkahnya di aturkan pula ke meja belajar di penjuru bilik. Meja itu kelihatan cukup kemas. Hanya terdapat beberapa buah buku di atas meja. Itu pun buku tentang sukan lumba kereta. Perlahan-lahan bibir Amanda menguntum senyuman sebaik sahaja melihat gambar Arasy di muka hadapan sebuah majalah sukan lusuh yang terdapat di meja itu.

"Arasy Naufal The Great Young Racer In The World. The Future Of Malaysia."

Amanda menyentuh wajah Arasy yang tersenyum penuh bahagia sambil memegang trofi di atas podium bersama Zarif Iqwan di tempat kedua dan seorang lelaki yang dia tidak kenali di tempat ke tiga.
Amanda tersenyum lagi. Dia pasti Arasy cukup bahagia waktu ini. Lihat sahaja senyuman kebahagian yang terukir di bibir Arasy saat itu.

Seketika kemudian, Amanda menepuk dahi. Dia ke sini untuk mencari bukti tentang kekasih hati arwah abangnya, bukan berangan tentang Arasy. Aduhai!

Amanda mengeluh kecil. Setelah dibongkar segala isi di meja belajar Adha, tiada sebarang bukti yang dijumpai. Tanpa sedar tangannya menarik kerusi di meja itu lalu punggungnya dilabuhkan di situ untuk melepaskan lelah. Seketika kemudian, dia terpandang sebuah komputer riba berwarna kelabu yang terletak di sisi meja belajar itu.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now