"If you need me, call me. I'll be there for you no matter what."
Amanda sekadar menayangkan wajah selamba sambil menyedut air coke miliknya tanpa menghiraukan Arasy yang seakan-akan mahukan penjelasan darinya. Amanda sekadar tersengih apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Arasy. Bekas minuman di tangan diletakkan kembali ke atas meja. Dia mula memandang Arasy dengan pandangan serius.
"Awak ajak saya keluar ni sebab nak jadi patung je ke? Tak nak makan?" Tanya Amanda sambil menjuihkan mulutnya ke arah burger kepunyaannya dan Arasy yang masih belum dibuka pembalutnya.
"Amanda, awak tak rasa ke yang awak perlu jelaskan sesuatu pada saya?"
Arasy menyoal sambil menjongket keningnya. Dia memeluk tubuh memandang Amanda yang duduk berhadapan dengannya.
Amanda mencebik kecil. Tangannya dihlurkan ke depan untuk mengambil bungkusan burger kepunyaannya.
"Saya kalau tengah tengah sedih, saya selalu cakap benda yang bukan-bukan." Balas Amanda sambil membuka bungkusan burger miliknya. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.
"Jadinya awak main-main jelah nak kahwin dengan saya semalam?" Tanya Arasy lagi.
Tanpa berlengah Amanda menganggukkan kepalanya. Burger yang sudah dibuang pembalutnya disuap ke dalam mulut. Arasy tersenyum kecil apabila melihat cara Amanda makan yang bagaikan manusia kebuluran. Amanda kelihatan comel di matanya.
"Amanda, Amanda. Makan pun boleh comot." Ujar Arasy sambil menggelengkan kepalanya dengan senyuman kecil.
Sehelai tisu dia capai lalu sisa sos mayonnaise di tepi bibir Amanda dikesat perlahan. Perlakuan selamba Arasy membuatkan Amanda terkedu. Bulat matanya memandang Arasy tika ini. Dadanya usah dikata. Berdebar bukan main!
"Amboi, sweetnya adik-beradik tu. Abang dia kesat sos dekat bibir adik dia. Comelnya."
Tiba-tiba Amanda dan Arasy terdengar satu suara yang memuji tindakan Arasy terhadap Amanda sebentar tadi. Pantas sahaja Amanda dan Arasy mengalihkan pandangan ke arah dua orang wanita muda yang tersipu malu itu.
Amanda memandang dua wanita yang tersenyum itu sebelum tubuhnya dipandang. kedua-dua wanita itu kelihatan masih muda. Tapi pakaiannya sudah matang. Seorang gadis memakai blouse putih bersama skirt hitam bawah lutut dengan rambut yang dibiarkan bebas.
Seorang lagi wanita di situ memakai baju kemeja biru muda dengan seluar jeans biru. Kepalanya ditutup dengan shawl berwarna hitam. Kedua-dua gadis itu nampak cantik di matanya.
Dia saat ini sedang memakai mini dress berwarna soft pink yang berlengan panjang manakala rambutnya pula dibiarkan bebas.Arasy pula nampak kacak memakai t-shirt putih yang dipadankan dengan skinny jeans hitam serta jaket hitam.
Amanda mengalihkan pandangan ke arah wanita yang memuji Arasy sebentar tadi. Satu senyuman paling manis dia ukir.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...