"Win or lose, just stay calm."
Puan Sri Khaleeda memandang menantunya yang termenung di atas katil itu dengan pandangan sayu. Amanda sudah dibenarkan keluar. Kini, Amanda dirawat di rumah ibu bapa kandungnya. Dia dan suaminya seringkali datang melawat menantunya itu.
Sebagai seorang ibu, dia tahu perasaan Amanda. Amanda bukan sahaja lemah fizikal tetapi wanita itu turut lemah mental. Siapa sahaja yang kuat setelah kehilangan anak yang dikandungnya selama 5 bulan? Siapa yang sanggup? Siapa yang tahan.
“Mummy?”
Amanda memanggil apabila ibu mertuanya itu hanya diam di muka pintu. Puan Sri Khaleeda mengukir senyuman nipis. Dia mula melangkah masuk ke bilik itu lalu duduk di kerusi di sebelah katil Amanda.
“Amanda okay kan sayang? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Puan Sri Khaleeda lembut. Dia mengusap umbun-umbun menantunya dengan penuh kasih sayang. Bagaikan sedang menyalurkan kekuatan dalam diam kepada Amanda.
“Amanda okay mummy.” Balas Amanda yakin. Segaris senyuman dia ukir buat ibu mertuanya itu. Berharap agar dia tidak merisaukan sesiapa.
“Daddy mana? Tak datang?” Amanda mula bertanya.
“Datang, sayang... Daddy dekat bawah. Berbual dengan papa Manda. Dia orang kan dah jadi kawan.” Puan Sri Khaleeda ukir senyuman. Amanda turut tersenyum.
“Manda minta maaf. Manda bukan menantu yang baik untuk mummy dan daddy. Manda..” Belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya Puan Sri Khaleeda menyampuk.
“Berapa kali mummy nak cakap yang mummy dan daddy tak marahkan Amanda, sayang. Semua ni takdir. Amanda kahwin dengan Arasy, takdir. Amanda gugur pun takdir sayang. Mummy tak marahkan sesiapa. Mummy tak pernah salahkan Amanda, tak pernah salahkan Arasy malah mummy dan daddy tak pernah salahkan Raisya. Sebab apa? Sebab mummy tahu, rezeki mummy untuk dapat cucu Arasy dan Amanda masih belum masanya. Kita kena redha sayang… Kita kena terima. Walaupun sukar, mummy ada dengan Amanda.” Ucap Puan Sri Khaleeda ikhlas.
Mengalir air mata Amanda saat ini. Ucapan Puan Sri Khaleeda terlalu ikhlas di telinganya. Betapa bersyukurnya dia kerana mempunyai keluarga yang terlampau menyayangi dan memahami.
“Arasy mana?” Puan Sri Khaleeda menyoal apabila kelibat anak bongsunya tidak kelihatan. Biasanya Arasy sentiasa di sisi Amanda. Menemani isterinya siang dan malam.
“Manda suruh Arasy masuk kerja. Mama dengan ibu ada jaga Manda. Lagipun dah dua minggu Arasy tak masuk kerja. Manda tahu mesti banyak perkara yang Arasy kena settelkan. Manda paksa dia masuk kerja.” Amanda ukir senyuman nipis. Puan Sri Khaleeda turut tersenyum.
“Kalau Amanda nak tahu Arasy terlalu sayangkan Amanda.”
“Ye ke mummy?” Amanda mula bertanya walaupun dia tahu hakikat yang satu itu. Dia adalah segala-galanya buat Arasy.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...