"Everything I do is because I love you."
Arasy menjeling Amanda yang tersenyum-senyum di luar bilik meting itu melalui dinding kaca di sebelahnya. Gadis itu kemudiannya mengangkat mangkuk tingkat berwarna pink ke udara. Gadis itu bagaikan menayangkan bekal makanan yang dia buat untuk jejaka itu.Arasy tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.
Seketika kemudian kepalanya kembali dikalih pada Tuan Iskandar yang membentangkan projek mega mereka di hadapan sana. Arasy menghela nafas lemah. Jarinya mula naik ke dahi lalu dipicit perlahan.Jazmy yang melihat keadaan itu mula tersenyum nakal. Kerusinya ditolak supaya mendekati Arasy. Dia kemudiannya berbisik sesuatu di telinga lelaki itu.
"Tuan pening ke nak cari cara macam mana nak mengelak dari makan'racun buatan' yang Cik Amanda buat tu?" Tanya Jazmy dengan sengihan nakal. Arasy menjeling Jazmy sekilas.
"Kau tak payah tanya kalau kau dah tahu jawapannya."
Jazmy ketawa perlahan apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut majikannya. Zynn yang sedari tadi duduk di sisi kiri Arasy sambil bermain telefon pintar mula tersenyum kecil. Tugasnya cukup mudah. Hanya duduk di situ dan bermain game jika Arasy sedang bermesyuarat. Jika diluar baru tugasnya menjadi begitu penting. Keselamatan Arasy menjadi keutamaannya.
"Tuan cakap je Tuan dah kenyang."
"Kau ingat alasan tu laku?" Sinis Arasy menyoal. Jazmy tersengih lagi. Amanda di luar sana dipandang sekilas.
"Tuan cakap Tuan dah makan dengan clien sebelum dia datang sini." Ujar Jazmy memberi idea. Arasy mengeluh lagi.
"Nanti dia merajuk pula sebab aku tak nak rasa makanan dia. Buatnya dia meraung kejap lagi. Mahu pening kepala aku nak melayan."
Jazmy mengeluh kecil. Dia tahu Amanda berusaha untuk menjadi bakal isteri yang terbaik buat majikannya. Tapi masaklah betul-betul. Kalau rupa pun dah hancur, tak payah nak rasa. Memang tak sedap!
Kalau tak sedap sahaja tak apa. Tuan Arasy mampu menelan dengan rela hati. Tapi kalau dah tiga hari tiga malam bermaustautim dalam tandas, give up lah lelaki itu. Siapa sahaja rela bermalam di tandas?
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...