"Wherever you escape, the truth will find you! Always be prepared to meet with it."
Arasy menghulurkan fail biru di tangannya kepada Jazmy yang duduk di kerusi di hadapannya. Zynn pula duduk di sofa sambil memandang telefon pintarnya. Begitulah rutin harian Zynn. Lelaki itu selalu mengikuti Arasy setiap masa. Ada kalanya lelaki itu hanya memerhati Arasy dari jauh. Arasy juga perlukan privasi.
"Tuan.." Jazmy tiba-tiba memanggil Arasy.
"Hurm."
Jazmy memerhati sekeliling sebelum lelaki itu mula bersuara.
"Baby girl Tuan tu tak datang ke hari ni? Biasanya kalau waktu-waktu macam ni mesti dia datang sini terjah Tuan. Baby boo, I'm coming!" Ujar Jazmy mengajuk ucapan wajib Amanda setiap kali gadis itu datang ke sini untuk berjumpa Arasy. Arasy ketawa kecil apabila mendengar suara gedik Jazmy yang cuba untuk meniru suara manja Amanda.
Zynn di hujung sana sekadar memasang telinga. Hatinya juga turut terusik dengan tingkah manja Amanda. Apa yang pelik, Amanda hanya mengada-ngada di hadapan Arasy. Jika Arasy tiada, gadis itu hanya bersikap seperti gadis normal. Pelik!
"Dia tak datang. Sibuk memasak." Ujar Arasy selamba.
Jazmy mengerutkan dahi manakala Zynn mula berpaling ke arah Arasy.
"Masak? Baby girl Tuan masak? Tuan biar betul?" Tanya Jazmy tidak percaya. Zynn sudah melangkah menghampiri Arasy dan Jazmy. Kerusi di sebelah Jazmy ditarik lalu dia duduk di situ.
"Tak terbakar ke dapur nanti?"
Pertanyaan yang keluar dari mulut Zynn membuatkan Jazmy ketawa besar. Permukaan meja Arasy ditepuk berkali-kali. Lawak!Arasy tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Beginilah Jazmy dan Zynn apabila mereka hanya bertiga. Di luar sahaja Jazmy dan Zynn nampak dingin tapi bila bersamanya, Alahai! Serupa badut!
"Alhamdulillah setakat ni tak terbakar lagi. Cuma itulah, perut aku ni dari semalam dah macam tsunami. Aku ingat okay jelah makan makanan yang baby girl aku tum asak. Rupanya silap sama sekali. Lepas baby girl aku balik memang berulang kali lah aku keuar masuk tandas. Kalau boleh aku nak bermaustautim dalam tandas terus." Ujar Arasy penuh geram. Jazmy ketawa lagi. Zynn menggelengkan kepalanya perlahan. Ini lawak!
"Yang Tuan pergi telan jugak tu dah kenapa?" Soal Zynn pula.
"Dah baby girl aku masak dengan penuh semangat, mestilah aku makan. Lagipun aku kesian tengok muka dia, tersebik-tersebik macam nak nangis. Mana aku tahan? Aku makan lah. sekurang-kurangnya dia tak lah rasa kecewa snagat." Balas Arasy lagi.
Jazmy mengerling Zynn sekilas.
"Sayang girlfriend!"
Zynn angkat bahu.
"Jap, kenapa Cik Amanda beriya-iya nak belajar masak untuk Tuan pula ni? Biasanya okay je dia menyendeng dekat Tuan setiap hari." Tanya Jazmy keliru. Arasy mengeluh kecil.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...