"Life's a game. All you have to do is know how to play it."
Amanda memeluk tubuh memandang mama dan ibu yang sibuk menyediakan juadah makan malam bersama Amelia. Amanda hanya duduk di atas bar dapur sambil mengunyah epal hijau yang diambil dari peti sejuk sebentar tadi. Tidak perlu rasanya dia turut membantu. Tiga orang chef yang pakar dalam memasak itu sudah memandai.Seperti kebiasaan, sekali sebulan kakak dan abangnya akan membawa keluarga masing-masing untuk makan malam bersama. Jadi, kebetulan hari ini semua orang berkelapangan jadi malam ini mereka sekeluarga akan makan bersama.
"Ma.."
Puan Sri Hasnawati yang sibuk mengacau rendang kerang mengangkat muka. Wajah anak gadisnya dipandang.
"Ye, Manda."
"Menantu kesayangan papa tu tak tolong mama dan ibu masak ke?" Tanya Amanda selamba. Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani sekadar berpandangan sesama mereka. Amelia yang sedang mengacau air minuman sekadar mendiamkan diri.
"Manda, tak baik Manda cakap macam ni sayang. Kalau Azura dengar mesti dia kecil hati." Ujar Puan Sri Hasnawati menegur. Amanda tayang wajah bosan.
"Apa kata Manda tolong mama dan ibu masak?" Tanya Puan Sri Hasnawati lagi. Amanda membulatkan matanya dengan wajah jelik. Puan Maryani dan Amelia ketawa kecil apabila melihat wajah tidak berpuas hati Amanda.
"Ma, mama lupa ke yang Manda tak pandai masak.." Rengek Amanda kegeraman. Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.
"Macam mana nak kahwin kalau masak pun Manda tak reti?" Tanya Puan Maryani menduga. Amanda tayang wajah jelik.
"Bila masa Manda nak kahwin? Ibu.. Manda muda lagi lah. Manda tak habis enjoy lagi. Ma, tengok ibu ni.." Amanda merengek manja. Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan.
"Akak dengar Manda dah ada baby boo? Siapa nama dia?" Tanya Amelia sambil menjongketkan kening. Dia bagaikan mahu mengorek rahsia Amanda. Amanda membulatkan matanya apabila kejadian sebulan yang lepas diungkit kembali.
"Akak, Manda dengan Arasy tu kawan je.."
"Arasy rupanya nama dia. Handsome tak?" Tanya Amelia mengusik. Amanda mencebik kecil. Epal yang hanya tinggal tangkal dibuang ke dalam tong sampah.
"Handsome sangat sampai Manda rasa nak terkam dia! Tak sabarnya nak kahwin!" Balas Amanda dengan wajah nakal. Puan Sri Hasnawati bercekak pinggang melihat kelakuan anak gadisnya itu. Amanda tersengih.
"Dah lah. Manda nak pergi depan dulu. Nak call dengan baby boo kita. Dah rindu sangat.." Sempat lagi dia bersuara sebelum beredar dari situ.
Puan Sri Hasnawati menggelengkan kepalanya perlahan."Tengok tu Mar. Macam mana akak tak risau?" Tanya Puan Sri Hasnawati menyuarakan kebimbangannya kepada Puan Maryani. Puan Maryani sekadar tersenyum.
"Biasalah kak Has. Budak-budak.." Balas Puan Maryani memujuk.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...