"I admire the way you make me fall even more for you everyday."
Arasy memandang mummynya yang sudah bergaya sakan dengan pandangan pelik. Dia kemudiannya meletakkan briefcase miliknya di atas kerusi sebelum dia duduk di hadapan mummynya di ruang makan itu. Wajah daddy nya dipandang sambil menjongket keningnya. Tan Sri Khalid hanya mengangkat bahu.
"Mummy nak pergi mana ni?" Arasy mula bertanya. Dia mula menyenduk nasi goreng cina ke dalam pinggan miliknya.
"Mummy nak pergi pasar."
Arasy mengerutkan dahinya. Wajah ayahnya dipandang sebelum dia kembali memandang wajah ibunya.
"Mummy nak pergi dengan siapa? Daddy bukan pakai baju casual. Daddy masuk kerja kan?" Tanya Arasy pelik apabila melihat ayahnya berpakaian umum ke pejabat. Berkemeja biru bersama seluar slack hitam. Tak mungkin pakai macam ni nak ke pasar kut!
"Bila masa mummy cakap mummy nak pergi pasar dengan daddy?" Tanya Puan Sri Khaleeda sambil tersenyum kecil apabila melihat wajah keliru anak bongsunya itu.
"Habis tu siapa nak bawa mummy? Mummy mana pandai naik kereta? Mummy ni sihat ke tak?" Tanya Arasy bertalu-talu. Mummy nya itu nama sahaja Puan Sri tapi lessen memandu pun tiada. Disuruh mengupah pemandu peribadi mummy nya tidak mahu. Katanya perhatian daddy nya akan berkurang jika adanya pemandu peribadi. Pelik sungguh!
"Menantu mummy yang nak bawa." Balas Puan Sri Khaleeda dengan senyuman.
"Kak Mira ke? Mummy, Kak Mira tu mengandung tengah mengandung. Tak payah lah susahkan dia. Biar Arasy je ikut mummy pergi pasar. Arasy tak busy sangat hari ni." Ujar Arasy lagi. Puan Sri Khaleeda membuntangkan matanya.
"Arasy ingat mummy ni ibu mertua yang kejam sangat ke? Mummy tahu lah menantu mummy yang sorang tu mengandung. Tak adanya mummy kacau dia. Sekarang ni mummy nak pergi dengan menantu mummy yang lain." Ujar Puan Sri Khaleeda lagi.
Arasy mengerutkan dahinya.
Arasy hanya mempunyai dua beradik. Abangnya Aariq sudah beristeri dan berkeluarga. Siapa lagi menantu mummy jika bukan..."Assalamualaikum, mummy... Daddy.." Laungan yang separa kuat itu membuatkan Arasy terkedu. Lagi tergaman dia dibuatnya apabila melihat kelibat Amanda di rumahnya. Elok sahaja gadis itu bersalam dengan mummy nya.
"Susah tak nak cari rumah ni?" Tanya Puan Sri Khaleeda kepada Amanda yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Arasy.
"Tak susah pun, mummy. Sebut je Villa Kayangan. Semua orang tahu." Ujar Amanda lagi. Puan Sri Khaleeda tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Jemput makan Amanda. Mummy masak nasi goreng. Sedap tu.." Pelawa Tan Sri Mukhriz lagi. Amanda mengangguk dengan senyuman.
Puan Sri Khaleeda menghulurkan sepinggan nasi goreng cina kepada Amanda. Amanda menyambut dengan riang hati. Seketika kemudian dia berpaling ke kiri apabila merasakan dirinya diperhatikan. Satu senyuman paling ceria dia ukir buat Arasy yang memandangnya pelik.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...