"I never let you go, babe!"
Dua buah helicopter mula mendarat di sebuah kawasan lapang. Angin di kawasan itu mula bertiup kencang apabila helicopter itu mendarat di tanah. Terdapat beberapa hilux yang sudah sedia menunggu di situ. Beberapa orang lelaki mula berlari ke arah helicopter itu sebaik sahaja seorang lelaki berbaju t-shirt biru muda melompat turun dari helicopter itu.
“Boss…” Seorang lelaki bertatu helang di lengannya mula menyapa lelaki berbaju t-shirt biru itu.
“Macam mana?” Tanya ghost kepada orang suruhannya itu.
“Semua ditanggung beres. Jangan risau.” Lelaki bertatu itu menjawab yakin. Ghost memandang orang suruhannya tajam.
“Kau jangan nak yakin sangat. Aku tak nak ada sesiapa pun masuk kawasan kita. Kawal dengan ketat Dark. Jangan buat silap! Kau tahu kan apa yang aku akan buat kalau aku marah.” Tajam sahaja anak mata ghost menikam anak mata Dark.
“Ta…tahu boss. Boss jangan risau. Aku dah kawal tempat ni. Polis pun tak boleh buat apa-apa. Tempat tu penuh dengan orang-orang kita. Orang luar tak boleh masuk.” Balas Dark yakin.
“Bagus. Angkat perempuan itu masuk hilux.” Arah Ghost sebelum melangkah pergi dari situ.
“Pai!” Jerit Dark kuat pada orang suruhannya itu. Berlari anak-anak buahnya ke arah Helicopter itu apabila mendengar jeritan dari ketuanya itu.
Dark memandang wajah ghost yang memangku seorang wanita muda yang sudah pengsan di kerusi penumpang melalui cermin pandang belakang. Wajah beku Evan di sebelahnya dipandang sekilas.
“Dia ke girlfriend yang boss cakap tu?” Takut-takut Dark menyoal. Tangannya masih pada stereng bagi mengawal pemanduannya yang semakin terhujung-hayang kerana melalui jalan yang berbatu itu.
“Hurm.” Balas Ghost pendek. Dia masih sibuk membelai rambut Amanda yang menutupi wajah mulus gadis itu.
“Cantik.”
Ghost tersenyum kecil. Wajah Amanda dipandang lama. Amanda sungguh cantik. Sangat cantik. Dia sudah memerhatikan gadis itu sedari dulu. Kecantikan dan perilaku manja Amanda membuatkan hatinya berlagu riang.
Senyuman di bibirnya bertukar pahit. Wajahnya kembali tegang. Alangkah bagusnya jika dia memiliki Amanda. Jika dia tidak takut untuk mendekati Amanda sudah pasti, Amanda menjadi wanitanya. Dia terlampau takut. Dia terlalu sayangkan Amanda sehinggakan dia sanggup membiarkan Amanda bersama orang lain.
Tapi dia tak boleh terima kenyataan yang Amanda sudah menjadi milik Arasy. Mengapa dalam banyak-banyak lelaki, Arasy yang Amanda pilih? Mengapa Arasy sentiasa merebut semua yang dia mahukan? Mengapa?
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...