Tuan Arasy | 48

1.3K 63 3
                                    

"I'm waiting for you to realise that it's you."

Amanda dan Arasy menyusuri pantai dengan langkah yang santai. Tangan Arasy naik ke bahu Amanda lalu dipeluk mesra. Amanda pula melingkarkan tangannya ke pinggang Arasy. Tubuh suaminya dipeluk seerat mungkin. Memandangkan hari ini hari terakhir mereka di sini, mereka hanya melakukan aktiviti ringan seperti menyusuri pantai sambil menghayati keindahan bumi Maldives.

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang.."

"Yes baby." Sahut Amanda dalam pelukan tanpa memandang wajah suaminya.

"Are you happy?"

Amanda rungkaikan pelukan sebelum wajah suaminya dipandang lama. Seketika kemudian, satu senyuman paling manis diukir buat suaminya dengan wajah gembira. Kepalanya dianggukkan berkali-kali.

"Happy!" Jawab Amanda yakin. Arasy tersenyum kecil. Tubuh Amanda kembali ditarik ke pelukan sebelum mereka kembali melangkah.

"Arasy..."

"Ye sayang?"

"Awak cakap awak cintakan saya. Sejak bila?" Tanya Amanda ingin tahu.

"Sejak pertama kali saya jumpa awak."

Amanda berfikir sejenak.

"Dekat jambatan ke? Waktu saya nak bunuh diri tu." Amanda menyoal.

"Tak."

Amanda angkat kepala. Wajah suaminya dipandang penuh tanda tanya. Arasy tersenyum kecil.

"Habis tu bila?"

Arasy tersenyum kecil. Geli hatinya apabila melihat wajah cemberut Amanda.

"Kenapalah awak ni comel sangat? Rasa macam nak cubit-cubit je pipi awak ni. Comel sangat." Puji Arasy tiba-tiba. Pipi Amanda dijadikan sasarannya. Pipi merah itu dicubit perlahan. Geram sangat!

"Jangan nak tukar topik! Arasy..." Amanda mula merengek.

"Penting ke yang oi?"

"Pentinglah. Saya kena tahu sejak bila awak suka saya. Yelah, selama ni kewujudan awak dalam hidup saya tak pernah saya sedari. Saya pelik kenapa saya tak pernah kenal awak, ingat awak. Kenapa awak seperti tak pernah wujud dalam hidup saya sebelum ni. Itu yang saya nak tahu. Saya perlu tahu." Ujar Amanda sedikit tegas. Anak matanya menikam anak mata suaminya.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now