"The good news not lasts forever."
Raisya menggelengkan kepalanya berkali-kali apabila melihat Amanda di sebelahnya yang khusyuk menyuapkan aiskrim ke mulutnya. Nampak sangat berselera!“Sedap sangat ke aiskrim tu?” Raisya menyoal pendek. Sengaja mahu memecah kesunyian yang melanda. Amanda khusyuk dengan aiskrim. Dia pula menjadi tunggul kayu di sini. Sikit pun tidak diendahkan.
“Sedap. Nak rasa?”
Amanda hulur sesudu aiskrim pada Raisya. Raisya tayang wajah menyampah membuatkan Amanda ketawa kecil dan meneruskan suapannya.
Raisya mengeluh buat sekian kalinya. Dia cukup bosan! Amanda amat membosankan! Sangat membosankan!
“Kau ada nak pergi mana-mana lagi?” Tanya Raisya apabila Amanda sudah mengelap mulutnya dengan tisu. Mungkin dia sudah menghabiskan aiskrim di bekal itu.
“Tak ada. Awak ada nak ke mana-mana ke?” Tanya Amanda lagi.
Raisya menggelengkan kepala perlahan. Dia dan Amanda mula berdiri lalu melangkah keluar dari kedai aiskrim itu. Langkah Amanda berhenti sebaik sahaja Raisya berhenti dengan mengejut.“Kenapa ni?”
“Card. Access card aku tertinggal di Butik.” Raisya kalut menyelongkar beg tangannya itu. Entah mengapa hatinya merasa tidak enak, bagaikan ada yang tak kena. Rupa-rupanya dia tertinggal access card miliknya di butik.
“Ouh, Raisy pergilah ambil access card tu, Manda tunggu sini.” Ujar Amanda dengan senyuman. Raisya pandang Amanda lama.
“Betul ke kau tunggu sini? Sorang-sorang?” Raisya pandang Amanda tidak percaya. Kawasan sekeliling dipandang.
“Ye. Saya tunggu awak dekat sini.” Balas Amanda yakin. Apa yang nak ditakutkan? Di hanya menunggu di luar kedai aiskrim itu sahaja.
“Betul ni?” Raisya menyoal lagi. Dia masih tidak yakin dengan jawapan Amanda. Arasy memintanya mengawasi Amanda, risau pula dia mahu meninggalkan Amanda di situ.
“Betul. Lagipun sini ramai orang. Tak ada sesiapa berani kacau saya.”
Amanda ukir senyuman lagi.
Raisya masih serba salah. Keretanya berada di seberang jalan itu dipandang.“Saya okay je Raisya. Awak jangan risau.” Pujuk Amanda lagi. Setelah beberapa saat, Raisya mula setuju.
“Aku pergi sana kejap…. Je. Tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Raisya lagi. Amanda mengangguk setuju.
Setelah itu, Raisya mula melangkah masuk ke dalam mall untuk mengambil kembali access card miliknya yang tertinggal.
Amanda memandang sekeliling. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk perlahan. Dia hanya memandang sekeliling untuk menghilangkan bosan.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...