Tuan Arasy | 38

1.3K 55 3
                                    

"Pressure is what you feel when you don't know what's going on."

Arasy memandang wajah ceria Amanda di sebelahnya dengan wajah pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arasy memandang wajah ceria Amanda di sebelahnya dengan wajah pelik. Gadis itu hanya tersengih sambil menunjukkan symbol 'piece'. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Pintu mewah butik pengantin di hadapannya dipandang lama.

"Amanda.."

"Ye Arasy." Jawab Amanda ceria.

"Kita silap tempat ke, Amanda?" Soal Arasy tanpa memandang Amanda. Matanya masih lagi memandang pintu masuk butik pengantin di hadapannya itu. Amanda geleng kepala tanpa memandang Arasy.

"Tak. Kita tak silap tempat. Majlis kahwin kita akan guna khidmat RaiHa Caterer & Bridal." Balas Amanda dengan yakin.

"Tahu kan siapa founder butik ni?" Tanya Arasy inginkan kepastian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tahu kan siapa founder butik ni?" Tanya Arasy inginkan kepastian.
Dia tak mahu berlaku sebarang pergaduhan setelah ini.

Masalah yang menimpa Wafiy dan Raisya juga tidak kunjung selesai. Wafiy sudah mula menjauh dari keluarga. Menyendiri dari nenda. Mungkin lelaki itu terasa dengan nenda. Wafiy merasakan nenda tidak mempercayai dirinya. Jadi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia tidak mahu Amanda dan Raisya bergaduh jika bertemu nanti.

Amanda ukir senyum. Arasy masih tidak mengetahui bahawa hubungan dia dan Raisya sudah berbaik. Dia sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Arasy.

"Tahu. Cousin awak, si Raisya tu."

"Kalau tahu kenapa cari pasal?" Tanya Arasy sambil mengetap bibirnya perlahan.

Jazmy yang sedari tadi sibuk menunggu mula mengeluh kasar. Dia tidak kesah tentang majlis perkahwinan majikannya itu tapi dia perlu turut berada di sini sebagai seorang setiausaha yang bagus. Nak dapat bonus lebih katakan.

Tapi masalahnya, sampai bila Tuan Arasy dan Amanda mahu berdiri sahaja di sini? Tidak lenguh ke kaki mereka? Dia yang dari tadi berdiri di sini pula letih. Kalau dah jumpa perancang perkahwinan, masuk sajalah. Tak payah nak bising-bising. Haisy! Nak kahwin pun payah!

Zynn disebelah dikerling. Lelaki itu seperti biasa. Tenang seperti selalu. Zynn angkat kening apabila Jazmy memandangnya dengan riak tidak puas hati. Jazmy sekadar mengeluh kasar membuatkan Zynn kebingungan. Period ke apa ni? Emosional semacam je!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now