"Love is so unpredictable. That's what makes it so great."
Wafiy menolak pintu bilik rawatan itu lalu ditutup perlahan-lahan. Kakinya dihayun ke arah sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil hospital itu. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di kerusi pelawat yang terdapat di sisi katil itu. Wajah Raisya dipandang lama dengan pandangan sayu.
Entah dimana kekuatan Wafiy, tangannya naik menyentuh kepala wanita itu. Rambut Raisya diusap perlahan-lahan. Wajah lesu yang masih terpejam di hadapannya itu dipandang lama.
Jika ditanya adakah dia membenci Raisya? Jawapannya tidak! Tidak pernah dia membenci wanita yang sudah memiliki sebuah tempat yang istimewa jauh di sudut hatinya. Jika ditanya mengapa dia memperlakukan Raisya kasar? Semua itu kerana dia cuba, dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya pada Raisya.
Wafiy tahu dia dan Raisya tidak mungkin akan bersama. Apabila hubungan cinta Raisya dan Adha sampai ke telinganya, hatinya sakit. Jiwanya terseksa. Dia cuba untuk merawat hatinya yang luka. Tetapi mungkin kerana terlalu mengikutkan rasa cemburu membuatkan dia dan Raisya sudah tidak seperti dahulu.
“Kenapa hubungan kita jadi teruk macam ni, Raisy?” Tanpa sedar, mulutnya menyoal satu soalan yang sering berlegar-legar di fikirannya saban hari.
“Bukan ke dulu kita rapat? Tapi kenapa kita jadi macam ni?” Wafiy menyoal lagi. Tangannya naik mengusap wajah putih susu Raisya. Entah mengapa, hubungan mereka yang akrab mula renggang. Adakah silapnya?
Tanpa sedar, Wafiy teringat kembali kenangannya bersama Raisya ketika masih kecil. Kenangan terindah dalam hidupnya. Kenangan yang tak mungkin dia lupakan seumur hidupnya.
•
•
•
•
•
Seorang budak lelaki yang sibuk membaca sebuah buku di bawah pohon yang rendang itu mula terganggu apabila mendengar suara yang menjerit seperti sedang bertengkar. Earphone di telinganya ditarik keluar lalu dia mengangkat muka memandang ke arah suara itu.
“Kenapa Raisy tak boleh main?”
Seorang kanak-kanak perempuan bercekak pinggang memandang beberapa orang budak lelaki yang berada di hadapannya itu. Mereka kini sudah berada di atas court bola keranjang yang terdapat di bahagian belakang Villa Tengku Maimon.
“Tak boleh! Mana ada budak perempuan main basketball! Budak perempuan main masak-masak je! Pergilah masuk dalam, jangan kacau kita orang.” Salah seorang daripada budak lelaki itu mula bersuara.
“Is, adik nak main juga!”
Raisya yang bagaikan sudah tersedu-sedu menahan tangisan mula memandang si abang untuk meminta belas kasihan. Tetapi sayangnya si abang langsung tidak menghiraukan dirinya. Lelaki bernama Iskandar itu sibuk mendribble bola di tangan lalu dia melompat sedikit ke atas. Bola oren ditangannya dilemparkan ke hoop lalu..
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...