"You have to know the past to understand the present."
Amanda memandang Arasy yang sedang bersiap-siap di hadapan dressing table. Entah mengapa hubungannya dengan Arasy terasa goyah. Arasy terlalu sibuk kebelakangan ni.
Kata papa, lelaki itu sedang berusaha menjejak ghost. Mungkin kerana kejadian yang berlaku padanya membuatkan Arasy bimbang. Pasti lelaki itu sedang merancang sesuatu.
Tapi Amanda sedih. Dia sudah bersedia berkongsi segala-galanya dengan Arasy. Mungkin Arasy tidak mahu dia bimbang tetapi dia perlu mengetahui segalanya. Arasy tidak perlu berahsia lagi dengannya. Dia sudah tahu tentang ghost dan dia sendiri sudah mengetahui berita tentang Johan.
Kata Qays, Johan dahulunya seorang abang yang baik. Tetapi mungkin kerana desakan orang disekeliling membuatkan lelaki itu jatuh ke lembah kejahatan. Mungkin kerana berasal dari keluarga yang miskin membuatkan Johan iri dengan Arasy. Manusia yang sudah mempunyai sifat dengki dan dikuasi amarah mudah melakukan sesuatu yang buruk.
“Amanda…”
Amanda yang tekun merenung Arasy mula tersedar. Arasy ketawa kecil.
“Are you okay, baby boo?”
Dagu Amanda ditolak ke atas membuatkan Amanda mendongak memandangnya.
“Awak nak pergi mana? Saya nak ikut.” Amanda mula mencuba nasib. Gelengan Arasy membuatkan senyuman di bibirnya pudar.
“Awak stay dekat rumah ye. Saya pergi kejap saja. Saya ada hal mustahak yang kena selesaikan. Sekarang dah lewat malam, awak tidur ye.” Arasy mula memujuk dengan lembut.
Amanda pandang anak mata Arasy lama. Anak mata itu kelihatan terpancar sesuatu. Cinta dan sayang. Tetapi Amanda sedar suatu perkara. Anak mata itu kelihatan letih, penat dan sayu.
“Saya pergi dulu ye sayang. Jangan tunggu saya tau. I love you baby.”
Arasy cium dahi Amanda seketika sebelum lelaki itu mula melangkah pergi. Amanda terkedu seketika.
Entah mengapa dirinya meronta-ronta untuk mengikuti Arasy. Dia pernah berjanji pada Arasy yang dia akan sentiasa di sisi lelaki itu pada bila-bila masa dan ini saatnya. Amanda bingkas berdiri. Dia perlu ikut Arasy!Amanda memandang kawasan sekitar dengan pandangan seram. Disekelilingnya terdapat pokok-pokok yang kelihatan menakutkan. Dia yakin Arasy melalui jalan ini sebentar tadi. Walaupu dia mengekori Arasy dengan jarak jauh, dia yakin Arasy ke sini.
Tangannya memegang stereng kereta dengan kemas. Dia terlampau takut. Hari sudah larut malam dia pula berada di sebuah hutan yang dia sendiri tidak pasti. Perlahan sahaja keretanya bergerak melawan kepekatan malam di jalan yang sepi tanpa sebarang cahaya itu. Hanya cahaya keretanya sahaja yang kelihatan saat ini.
Kening Amanda terjongket apabila dia terpandang sebuah cahaya dari sebuah bangunan yang serba hitam tidak jauh dari tempat keretanya berhenti. Mungkinkah Arasy kesana? Bangunan itu kelihatan cukup besar dan dilindungi dengan pagar yang agak tinggi. Menyeramkan.
YOU ARE READING
Tuan Arasy!
RomanceFirst story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawberi bersama sepasang selipar bulu berwarna merah jambu yang duduk di atas pagar sebuah jambatan di ibu...