Tuan Arasy | 56

1.3K 75 4
                                    

"The Secret Are Unlocked!"

"The Secret Are Unlocked!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Raisya duduk di kerusi sambil berpeluk tubuh sekadar memandang Amanda yang mengunyah sushi dengan sangat lahap di hadapannya itu. Wajah teruja dan gembira yang terpancar di wajah Amanda membuatkan dia turut tersenyum.

Amanda seakan-akan seorang anak kecil yang baru sahaja mendapat gula-gula. Gembira sungguh air muka Amanda saat ini. Tak sangka Amanda mampu menghabiskan berpinggan-pinggan makanan yang berasal daripada negara Jepun itu. Orangnya kurus dan kecil sahaja tetapi perutnya besar seperti tong drum!

Amanda yang masih mengunyah dipandang lama. Seketika kemudian, pandangannya jatuh ke arah piring-piring yang sudah kosong di atas meja. Dahinya mula berkerut seribu. Setahunya, Amanda tidak menyukai makanan yang bernama sushi.

Pernah dia mengajak Amanda ke Sushi King untuk mencuba menu baru tetapi ajakkannya ditolak mentah-mentah. Kata Amanda, seleranya bukan pada sushi. Amanda sama seperti arwah kekasihnya, Adha.

Adha juga tidak sukakan sushi. Dahulu sewaktu mereka bercinta, lelaki itu pernah muntah kerana terpaksa menelan sushi di atas kehendaknya. Kerana sayangkan dirinya, Adha sanggup menelan makanan yang dia paling benci di atas muka bumi ini.

Tapi mengapa Amanda tiba-tiba mengajaknya ke sini?

"Alhamdulillah, kenyangnya..."

Amanda menyandar pada kerusi sambil mengusap-ngusap perutnya yang terasa berat saat ini. Mungkin dia makan terlalu banyak sehinggakan dia langsung tidak berdaya saat ini.

Amanda mengerut dahi memandang Raisya yang diam tak berkutik.

"Awak tak makan?"

Pendek sahaja Amanda bertanya. Dia sendiri berperang dengan tubuhnya yang terasa agak lemah. Biasalah, perutnya limited space tapi hari ni dia terlebih makan. Mesti perutnya mengalami culture shock. Sudahlah perutnya dipaksa menerima makanan Jepun yang tak pernah dia sukai sebelum ini.

"Tengok kau makan, aku pun dah kenyang." Sinis Raisya bersuara. Tapi Amanda tak pernah mengambil hati. Dia tahu Raisya tidak hipokrit. Raisya hanya menjadi dirinya yang sebenar. Itu sahaja.

"Kenapa kau tiba-tiba ajak aku datang sini?" Soalan yang keluar dari mulut Raisya membuatkan Amanda yang tadinya tunduk memandang telefon, mengangkat muka dengan lambat.

"Bukan kau tak suka sushi ke? Dah kenapa sampai berpuluh-puluh piring habis kau bedal." Tempelak Raisya lagi.

Kata-kata Raisya kali ini berjaya membuatkan kening Amanda berkerut. Pandangannya jatuh ke piring-piring sushi yang sudah kosong. Kenapa dia mengajak Raisya ke sini? Mengapa dia sanggup menelan sushi, makanan yang paling dia benci? Mengapa dia tidak merasa loya sedikit pun sewaktu mengunyah sushi sebentar tadi?

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now