Tuan Arasy | 41

1.5K 60 2
                                    

"Be wise today so you don't cry tomorrow."

Arasy menghirup air coklat suam yang dibancuh Amanda sebentar tadi perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arasy menghirup air coklat suam yang dibancuh Amanda sebentar tadi perlahan-lahan. Kini dia sedang duduk berdua bersama ayah Amanda di ruang tamu itu sementara menunggu Amanda dan kedua-dua orang ibunya menyiapkan makan malam. Suasana di ruang tamu itu seakan-akan hambar.

Walaupun hubungannya dan Amanda mula direstui oleh Tan Sri Khalid, dia masih berhati-hati apabila berbual dengan lelaki itu. Dia tahu agak sukar untuk Tan Sri Khalid berbual mesra dengannya. Jika sebelum ini, mereka berbual tentang bidang perniagaan, mereka tidak kekok. Semuanya dibualkan dengan perfesional. Tapi untuk berbual tentang perkara yang menyimpang jauh dari sektor itu, Arasy tidak berani.

Tan Sri Khalid sekadar memerhati gelagat bakal menantunya itu. Arasy kelihatan cukup tenang duduk berhadapan dengannya saat ini. Tapi sebagai seorang lelaki, dia tahu Arasy cukup gugup untuk berbual dengannya. Jika sebelum ini layanannya pada Arasy cukup kasar, dia tak mampu berlembut dengan lelaki itu dengan waktu yang singkat.

Tan Sri Khalid teringat peristiwa petang tadi di pejabatnya. Tiba-tiba setiusahanya, Wardini memberitahu bahawa Arasy telah membuka kes Adha. Kes kematian Adha sudah lama tertangguh. Dia juga sudah merelakan kematian anak lelakinya itu. Tapi mengapa Arasy membuka kembali kes tersebut tanpa mengetahuannya?

"Aku dengar kau buka balik kes Adha."

Arasy yang baru sahaja mahu menghirup air minumannya, terganggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arasy yang baru sahaja mahu menghirup air minumannya, terganggu. Anak matanya naik memandang wajah Tan Sri Khalid yang tekun merenungnya saat ini untuk meminta jawapan. Cawan ditangannya kembali diletakkan ke atas meja kopi di hadapannya itu.

"Ye. Saya buka balik kes tu."

"Kenapa kau buka balik kes tu? Apa muslihat kau sekarang?" Tegas Tan Sri Khalid merenung wajah bakal menantunya itu.

"Saya nak cari siapa sebenarnya dalang di sebalik kematian Adha." Jawab Arasy tenang.

"Kenapa kau nak keruhkan keadaan?"

Arasy angkat muka dengan riak wajah terkejut. Dia terkejut apabila kata-kata itu keluar dari mulut lelaki itu.

"Keruhkan keadaan? Apa maksud auncle?"

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now