Tuan Arasy | 73

1K 53 2
                                    

"Let's finnish the game!"

Faizal memandang Amanda yang tidak berhenti menangis melalui cctv yang dipasang di ruangan tahanan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faizal memandang Amanda yang tidak berhenti menangis melalui cctv yang dipasang di ruangan tahanan itu. Pandangannya tidak terlepas dari skrin komputer miliknyanya itu. Semua kelakuan Amanda tidak pernah terlepas dari pemerhatiannya saat ini.

“Boss…” Evan memanggil majikannya apabila dia sudah masuk ke ruangan itu.

“Hurm.” Faizal menguman perlahan. Evan dipandang sekilas sebelum dia kembali menatap wajah Amanda yang masih menangis. Mungkin sedang menangisi nasib buruknya setelah berkahwin dengan Arasy.

Hahahahha

Black Eagle dah ready nak supply weapon untuk kita. Kita kena terbang ke sana hari ni.” Evan memberi cadangan. Anak matanya tunak memandang wajah Faizal yang masih tenang.

“Tak payah. Hantar Joshua. Suruh dia escort truck kita masuk Thailand.” Balas Faizal senada.

“Tapi Boss. Projek kali ni projek besar. Black Eagle tak nak orang tengah. Dia nak boss sendiri yang turun padang.” Evan membantah.

Faizal mengangkat muka. Tajam sahaja anak matanya memandang wajah Evan saat ini. Renungannya yang tajam membuatkan Evan menunduk patuh. Faizal mengeluh kecil. Dia mula berdiri. Langkahnya dibawa ke arah tingkap kaca yang cukup besar di belakangnya itu. Matanya mula melilau memandang bangunan-bangunan yang terdapat di Death Ground.

“Kau tahu kenapa aku bina Death Ground?”

Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut Faizal berjaya membuatkan Evan mengangkat muka. Faizal yang sudah berpusing mengadapnya dipandang lama. Dia mula berfikir sejenak.

“Sebab nak kuasa?” Evan menjawab pendek.

Faizal meleretkan senyumannya yang semakin sinis.

“Aku bina Death Ground sebab aku nak kuasa. Aku nak jadi kuat. Bila aku ada kuasa, semua orang akan tunduk pada aku. Dia orang hormat aku sebab dia orang t takut dengan aku. Tapi kau tahu kan kenapa aku nak sangat kuasa ni?”

Faizal menghela nafas kecil. Evan sekadar diam.

“Sebab aku nak hancurkan Arasy. Aku nak buat dia lenyap. Bila aku ada kuasa, aku boleh rampas semua yang Arasy ada sekarang. Semua benda yang patut jadi milik aku. Temasuk Amanda.” Kali ini Faizal bersuara keras. Evan menelan ludahnya kelat.

“So, projek tu tak bernilai sikit pun untuk aku Evan! Sikit pun aku tak risau. Sebab apa yang aku nak sekarang dah ada depan mata aku. Aku cuma nak hapuskan hidup Arasy. Aku nak dia musnah. Dan sekarang Amanda dalam genggaman aku! Aku puas, Evan! Aku puas!” Bentak Faizal kasar dengan ketawa yang kuat.
Evan terdiam. Matlamat utama mereka mula bermain di fikirannya.

“So, suruh Joshua uruskan semua.”

“Baik Boss.” Balas Evan lalu menjatuhkan kepalanya perlahan.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now