✺ 2 ❋

65 12 237
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


SEBIJI gelas kaca diambil dari kabinet lalu diisi dengan air putih dari alat penapis. Bibir bawah diketap rapat saat kaki berjalan sementara tangan menggenggam kemas gelas yang turut dibawa. Setelah dia berhenti di hadapan sebuah bilik air, daun pintu warna biru pucat diketuk perlahan.

"Abang... Abang okay tak dekat dalam tu?" soal Ha Rin, cemas menunggu sahutan suaminya yang kelam-kabut masuk ke dalam bilir air sebentar tadi. Suaminya seringkali mual dalam tempoh dua minggu ini. Kononnya akibat daripada pembawakan budak. Persoalannya sekarang, siapa yang mengandung?

Tiada suara dari dalam bilik tersebut selain dari air yang mencurah ke mulut singki. Ha Rin setia menunggu sehingga Christopher keluar memunculkan diri. Jika suaminya tidak menyahut, dia akan minta sesiapa untuk rempuh pintu bilik air ini.

Krek... Bunyi ensel kedengaran apabila pintu ditarik dari dalam.

Wajah Christopher terpacul kerut di balik pintu. Mulutnya terkatup rapat, seperti sedang menahan sesuatu yang berbaki. Pergerakannya longlai tanpa sedikit pun dia mampu mengangkat muka dan bertukar pandangan dengan isterinya.

Bahu tegap Christopher disentuh Ha Rin. Lembut dia mengusap suaminya sambil menunduk, mencari riak keluh tersebut. Warna kulit Christopher pucat hampir sama dengan warna pintu bilik air. Teruk benar penangan anak pertama ini. Serasa hendak menangis Christopher dibuatnya.

Terus pinggang Ha Rin dirangkul Christopher dan telinga ditekapkan pada bahagian perut wanita itu. "Kenapa anak daddy buat daddy macam ni...? Kalau anak daddy tak nak keluar lagi, cakaplah awal-awal. Tak adalah daddy paksa mummy mengandung."

"Ish, abang ni! Kenapa cakap macam tu?" ngomel Ha Rin, geram dengan perangai kebudak-budakan Christopher. Suaminya itu terus berdiri tegak dan melemparkan senyuman dalam keadaan tekak terasa loya. Jangan dihambur muntah itu ke arahnya. Ha Rin tidak teragak-agak mahu mengurung Christopher dalam bilik air.

"Abang bergurau sajalah, sayang oi... Kalau sayang mengandung lima belas kali sekalipun, abang sanggup muntah dekat tong sampah majlis daerah. Haa... Senang sikit kerja penglupusan segala isi perut abang ni," kata Christopher, meraih gelas dari tangan Ha Rin lalu bahu isterinya dipeluk kemas. Dia seakan memaksa Ha Rin berjalan bersamanya menuju ke ruang tamu.

"Abang betul-betul okay ke ni? Kalau tak larat nak layan tetamu dekat luar tu, tak apalah. Ha Rin beritahu papa, ya? Abang boleh berehat dalam bilik." Ha Rin sempat menekap telapak tangan pada dahi Christopher. Setelah memastikan suhu badan normal, matanya merayap pula pada segenap muka suaminya.

"Abang tak apa-apa. Sayang jangan risaulah. Biasalah kalau anak perta-" Christopher menutup mulut dan terus melepaskan badan Ha Rin. Dia berlari semula ke bilik air di bahagian dapur bagi menyambung 'rutin separuh waktunya' itu.



DI BALIK beberapa susuk manusia di laman tepi rumah, mata bulat milik Jihyo sedang memainkan peranan bagi mencari gerangan yang dikehendaki. Pandangannya meliar bersama hati yang tidak senang sejak semalam. Emma tidak dapat ditemui di ceruk tetamu yang hadir, maka dia harus mendapatkan bayang tunangnya pula.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang