✺ 38❋

65 11 387
                                    

5K. Baca slow slow pun tak apa.

CHRISTOPHER berlari anak menuju sebuah bilik persiapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHRISTOPHER berlari anak menuju sebuah bilik persiapan. Di tepi bilik tersebut, Ha Rin menanti penuh sabar. Kemunculan suami yang ditunggu-tunggu, disambut riak yang reda dari kegelisahan. Christopher berhenti berlari dan tertunduk tercungap-cungap. Jeongin di belakang lelaki itu menepuk lemah bahu Christopher. Nafasnya turut terputus-putus.

"Kenapa lama sangat, abang?" soal Ha Rin kerisauan. Lewat memetik bunga satu hal. Kebarangkalian sesuatu berlaku di tengah jalan, bikin Ha Rin tidak senang duduk.

Christopher menggeleng bagai tidak mahu bercakap. Semputnya dari ladang, berleretan ke perkarangan dewan hotel. Jeongin mencekak pinggang dan menunduk mencari nafas teratur. Adik-beradik ipar ini menaiki kereta ke ladang, bukan? Mengapa wajah mereka sedikit pucat dan berpeluh seperti baru lepas dikejar?

"Jeongin pergi buat live masa dekat ladang tadi. Habis semua lembu yang terlepas kejar kami. Nak petik bunga dandelion pun, kami terpaksa pusing ikut tempat lain. Haish...," rungut Christopher. Tiba sahaja di sini, mereka berlari kerana menyangkakan mereka terlewat menyerahkan bunga kuning ini.

"Sorrylah, abang. Jeongin terlupa hari ni lembu-lembu satu kandang dilepaskan," pinta Jeongin serba salah. Sepatutnya mereka bersantai di hari perkahwinan Emma dan Yejun. Ini tidak, berlari lagak orang gila di tengah-tengah ladang.

Jambakan bunga diserahkan kepada Ha Rin. Emma terlupa akan bunga tangan yang sepatutnya dibuat malam tadi. Sudahnya, khidmat Christopher dan Jeongin yang diminta Ha Rin. Wanita itu akan mengusahakan bunga tangan buat Emma.

"Ha Rin pergi gubah bunga ni. Abang dan Jeongin pergilah buat apa yang patut," kata Ha Rin yang sarat mengandung. Dia menghilangkan diri di balik pintu bilik persiapan. Christopher dan Jeongin mengangguk.

Buat apa yang patut, ya? Tidur barangkali...

════════════

ELEGANNYA Emma mengenakan busana yang dijahitnya sendiri. Rambutnya didandan ikal dan sanggul. Penyepit rambut bercorak mutiara dan dedaun putih disisip bagi menghiasi rambut hitam Emma. Uraian rambut hadapan yang tidak begitu panjang, dibiarkan lepas bagi menyerlahkan lagi kewanitaannya.

Penampilan Emma dipandang melalui cermin panjang sambil-sambil Ayla memperkemaskan busana yang tersarung di badan. Emma mengamati biasan diri bermula dari wajah membawa ke kaki. Dia tidak percaya bahawa hari ini muncul jua. Hari yang bermakna buat dirinya dan pasangan.

Masuk Jihyo, membawa bunga tangan. Di belakangnya, Minhyuk dan Joshua yang membuntuti setelah dikhabarkan Emma telah siap bersolek dan memakai sepersalinan pakaian pengantin.

"Cantiknya kau, Emma," puji Jihyo, memberi sahabatnya bunga tangan yang disiapkan oleh Ha Rin. Bunga dandelion yang berseri, seseri wajah Emma saat ini. Dia kehilangan ucapan terima kasih. Jihyo sebagai seorang kawan, tumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dikecapi Emma.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now