✺ 14 ❋

52 12 263
                                    

"BOLEH tak awak jangan berdiri jauh dari saya?" tekan Yejun, bernada keras dan tegas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BOLEH tak awak jangan berdiri jauh dari saya?" tekan Yejun, bernada keras dan tegas. Dia dan Emma saling bertukar pandangan berpasakkan pendirian pada tapak jalan yang sama.

Buat seketika diam mereka ditemani gemersik hujan yang menitis merdu.

"Tapi saya..." Emma mengalihkan wajah apabila degupan jantungnya bertalu tidak sekata. Matanya melirik ke tepi. Lingkaran tangan Yejun pada bahunya begitu kemas dan tubuhnya begitu rapat di sisi lelaki itu.

Ayat Emma dibiar sepi. Yejun meneruskan langkah dan mendorong Emma mengikutinya dalam keadaan wanita itu tidak dilepaskan walau seinci. Emma membiarkan perbuatan Yejun ke atas dirinya. Hampir sahaja hatinya tumpas akibat hentaman perasaan terbuai yang menendang dada.

"Cepatlah buka pintu," kata Yejun, menyedarkan Emma dari lamunan sendiri. Badannya seakan kebas apabila tangan lelaki itu meleraikan pelukan tadi. Emma mendiamkan diri dan mengawal malu semasa menekan butang membuka pintu.

Yejun menunggu di tepi sehingga Emma betul-betul masuk ke dalam kereta. Setitik air hujan pun tidak akan dibenarkan menyentuh wanita itu. Kemudian, barulah Yejun melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan.

Ngauman enjin mengalihkan pandangan Yejun, sedang dia menarik tali pinggang keselamatan. Dia jadi kagum. Ini bukan kali pertama dia berjumpa wanita yang memiliki dan mahir memandu kereta berkuasa kuda, sedangkan keperibadian Emma tidak menggambarkanya sebagai seorang yang lasak.

"Awak bawa kereta ni, awak pandai drift ke?" Yejun sekadar bertanya. Tiada kesungguhan dalam terbitan soalan tentang kecekapan Emma.

"Tak juga. Saya dah lama tak buat skill macam tu. Awak tak ada kereta?" soal Emma pula sementara menunggu enjin kereta panas. Kelantangan suara juruhebah di corong radio diperlahankan.

"Ada. BMW M4, tapi saya tinggalkan di London. Dekat sini saya beli motor jelah. Senang nak bergerak dalam traffic jam," beritahu Yejun, memerhatikan cara Emma memijak klac dan melepaskan perlahan-lahan sebelum menekan pedal minyak.

"BMW M4? Wow," pegun Emma. Dia mula terfikir lelaki selembut Yejun turut sukakan kelajuan. Kereta yang dinyatakan tadi hampir dibeli Joshua sebelum kereta jenama lain menjadi pilihan.

Motor berkuasa tinggi yang dimiliki Yejun juga sudah mengelirukan Emma. Lelaki jenis apakah Yejun? Adakah sekadar 'patah' melalui kata-kata dan tangan?

"Boleh saya tahu, awak sebenarnya orang yang macam mana? Perangai awak maksud saya..." tanya Emma, setelah puas menapis soalan di benak akal. Sesekali Yejun di sebelah dikerling.

Yejun membuang pandangan ke hadapan dan tersenyum. Dia tahu, semakin banyak perkara yang Emma tahu tentang dirinya, semakin luas topeng sikap yang dipakai terbuka di hadapan wanita itu.

"Awak rasa?" Yejun menoleh, memerhatikan Emma berkerut kening.

Soalan dibalas soalan. Emma mengetap bibir. Perlukah dia membalas dengan soalan sekali lagi? Kalau begitu, bunga yang bakal dibeli akan layu menantikan sebuah jawapan.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now