AYLA menyisir rambut lurusnya ke bawah. Berulang kali dia lakukan hal yang sama lalu sikat di tangan diletakkan semula di atas meja solek. Produk penjagaan kulit dicalit dan diratakan ke seluruh muka. Sampai sahaja sentuhan jari pada bawah mata, Ayla menghentikan perbuatan mendandan itu. Dia memerhatikan kawasan kulit tersebut.
Malam tadi dia tidak dapat tidur dengan lena. Perubahan posisi di atas katil tidak membantunya lelap apabila fikiran malam datang menghalau segala mimpi yang bertamu. Begitu banyak hal berkumpul di selirat saraf yang aktif. Selamatkah Emma dan doktor wanita itu? Apa yang dilakukan Mingyu, Yejun dan keluarga mereka? Adakah menunggu dalam kegusaran?
Ayla menyudahkan sapuan krim lalu dia keluar dari rumah demi mendapatkan sesuap makanan. Perutnya yang sebu dan kehilangan separuh nafsu makan, perlu juga diisi. Kebimbangan yang berkabung di benak hati harus dilupakan seketika.
Pintu pagar dibuka. Ayla terus mengeraskan pandangan di tempat Mingyu menantinya sebelum ini. Kecewa yang datang menerpa lebih menghairankan. Dia mula rindukan gelak tawa lelaki yang tiada di depan mata.
Kenapa wahai hati? Apa yang dikau cuba sampaikan di pagi hari yang mendung ini?
Deringan panggilan, meredapkan pangkal jantung. Ayla separa terkejut lalu segera menjawab. Nama Emma tertera di skrin adalah sebagai tanda khabar yang bakal sampai ke pengetahuannya.
"Cik Emma? Cik Emma tak apa-apa?" soal Ayla tidak bersalam.
Raut wajah Ayla berubah. Suara Emma kedengaran berbeza. Barangkali Emma sedang berkongsi secebis rasa fobia atau ada perkara yang lebih buruk daripada itu sedang terjadi.
"Mingyu? Kenapa dengan dia?" Ayla ditalukan kekurangan enak di sudut hati.
════════════
SESUDAH pinggul berlabuh atas kerusi roda, penghuninya ditinggalkan terkial-kial. Barang penting seperti telefon pintar dicari dalam beg yang diselongkar. Waktu kecemasan begini juga yang dipilih alat berhubung berkenaan untuk bermain sorok-sorok.
Tingkah pantasnya itu kelihatan lambat bagi seorang lelaki. Apa lagi yang dinantikan? Mereka perlu lekas ke wad lain.
"Honey, what are you waiting for?" rungut Han, mendesak agar teman wanitanya segera menolak kerusi yang diam tidak berputar rodanya. Sedang elok dia bersarapan, Jeongin menelefon dan mengkhabarkan bahawa Emma dan Kylee selamat. Namun, kecederaan yang menyucuk dalam kaki Yejun berkesudahan dengan pembedahan.
"Baby, I can't find my dog!" Wanita itu turut menggelabah bagai tidak cukup tempat untuk berlari anak, dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Telefon atau dog dalam loghat British, dicari sedari tadi. Selagi telefon tiada di tangannya, dia tidak akan tinggalkan bilik wad Han. Bagaimana jika ada orang masuk ke dalam semasa ketiadaan mereka dan mengambil kesempatan untuk mencuri?
"I'll make a call," pintas Han, menekan nombor telefon teman wanitanya lalu menanti bunyi deringan. Kedua-dua mereka menoleh ke seluruh ceruk yang dapat dilihat dari tempat mereka duduk dan berdiri.
'I tell you
This time I wanna rock with you
Moonlight i bame Shine on you
Tonight I wanna ride with you
geu eodirado'Han berkerut muka. Lagu tersebut beralun rancak dan menyentuh gegendang telinga dengan gegaran rentak menarik perhatian. Dari mana teman wanitanya mengetahui lagu itu? Bukankah sehari lepas nada deringnya berbeza. Lagu apa, ya...? 'Sick'?
"You've changed the caller ringtone. Again?" tanya Han.
Sambil mencari, teman wanitanya menjawab, "Yup, because I've found my new bias..."
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄
FanfictionSEKUEL---> DANDELION: LAST LOVE Peluang cinta kedua itu sukar diraih tatkala hati terjahit kemas tanpa lompong dalam mengisi perasaan. Andai bunga dandelion mekar menguntum rindu, maka kehadirannya amatlah perlu. ◦ ✤ Cerita ini adalah REKAAN semat...