✺ 27❋

50 11 215
                                    

KEKABUSAN melakar cahaya yang menegur pandangan berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEKABUSAN melakar cahaya yang menegur pandangan berat. Kelopak mata terbuka perlahan dan lemah lantaran tubuh diserang kesakitan. Han membawa hala muka ke kanan. Tangan dan kaki yang berbalut dan tergantung menjawab segala persoalannya. Begitu juga perit di pipi yang bertampal.

Han tidak larat meninjau sekeliling kamar. Suara di hujung anak tekak keluar bagi memanggil sesiapa sahaja agar kebangkitannya diketahui. Melalui ekoran mata, seseorang dilihat bangun dari sofa dan bergegas menghampirinya.

"Abang Han? Abang Han dah sedar... Syukurlah. Sekejap, ya? Jeongin panggilkan doktor dan jururawat." Jeongin berpatah semula tanpa menunggu sebarang reaksi daripada Han. Lelaki itu jelas gembira sehingga dia mengetuk pintu bilik air semasa berjalan laju.

"Abang Han dah sedar!" laung Jeongin sepintas lalu.

Pintu bilik air terus dibuka oleh penghuni di dalam. Mulut Yejun dipenuhi buih ubat gigi. Jeongin yang keluar meninggalkan wad tidak diendahkan. Matanya terus tertancap pada Han yang tersenyum kecil. Sepantas kilat dia meludah dan berkumur-kumur di singki. Tuala kecil terus disidai begitu sahaja pada penyangkut yang melekat di dinding.

"Han. Thank goodness! Aku betul-betul risaukan kau, bro." Yejun meluahkan nafas kelegaan. Dia terduduk dan mengusap lengan kiri Han. Hampir dua malam kawannya terlantar tidak menujukkan sebarang tanda positif. Jaminan doktor bahawa Han berkeadaan stabil, menampung keyakinan yang tenggelam timbul. Yejun bimbang jika terdapat kecederaan yang sukar dikesan dalam tubuh lelaki itu.

Han melirik mata sebelum menyampaikan isyarat supaya dirinya didekati.

"Apa dia?" Yejun mendekatkan telinga pada bibir Han yang terkumat-kamit membentuk sebaris ayat. Bebola matanya menerawang semasa Han berbisik menggunakan suara yang tersekat-sekat.

"Sakit? Ya... Aku tahu kau sakit. Kau jangan bergerak sangat. Jeongin tengah panggilkan doktor," pujuk Yejun, memaling muka ke belakang apabila bunyi seretan kedengaran diikuti pintu yang terbuka luas. Doktor dan jururawat terlebih dahulu menapak masuk ke dalam sebelum Jeongin.

Yejun bangun bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin menjalankan pemeriksaan ringkas ke atas Han. Dia melangkah ke belakang dan berdiri di samping Jeongin. Apa yang dilakukan doktor, diperhati.

"Encik Han ingat apa yang terjadi?" tanya doktor, menguji bagi menentukan sama ada Han mengalami kecederaan otak traumatik yang mampu memberi kesan terhadap gaya komunikasi terutamanya.

Han mengalihkan mata ke siling lalu wajahnya melukis emosi ketakutan. Mukanya berkerut, membayangkan semula bagaimana tubuhnya seakan melayang semasa dirempuh dan kepala menghempas cermin hadapan kereta.

"Jangan paksa kalau tak mampu, Encik Han," celah doktor.

"Mak cik... Mak cik cantik. Dia okay... dia okay ke?" soal Han lamat-lamat. Suaranya hampir tidak kedengaran dan mendorong doktor menunduk untuk mendengar.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now