✺ 13 ❋

70 12 337
                                    

BUTANG interkom pejabat ditekan sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUTANG interkom pejabat ditekan sekali. Perkara pertama yang diingati sejak memunculkan diri dalam pejabat adalah penghantaran kain pasang kepada pihak butik. Emma dan Ayla memerlukan material kain tersebut bagi progres rekaan seterusnya. Setelah melalui perbincangan dan tapisan pemilihan kain, akhirnya dua puluh jenis kain bakal dipamerkan di pertunjukkan itu nanti.

"Saya dah minta orang hantarkan ke butik, tuan," beritahu setiausaha.

"Okay, nanti awak tolong aturkan perjumpaan seterusnya. Beritahu mereka yang saya akan lihat rekaan itu secara berperingkat. Awak masukkan dalan slot jadual saya minggu depan. Dapatkan maklum balas daripada mereka juga, ya?" pinta Mingyu.

"Baik, tuan."

Setelah memberi arahan, Mingyu menarik fail yang mengandungi salinan gambar kain yang telah dihantar. Disemak semula agar tiada satu pun yang tercicir. Dia terfikir bagi melebihkan rekaan kain agar peluang juga diberikan kepada pihak butik dalam membuat pilihan.

Tet... Interkom berbunyi dan dipenuhi dengan suara setiausahanya tadi. "Tuan, Encik Kwon dah sampai."

Pen di tangan masih bergerak-gerak. Mingyu kekal menunduk dan menjawab, "Suruh dia masuk."

Selang beberapa saat, pintu dikuak perlahan dari luar. Orang yang bertandang seakan lambat menyempurnakan bayang dalam bilik pejabat itu. Takut menjengah diri atau keadaan fizikal yang membatasi pergerakannya. Encik Kwon terincut-incut berjalan mendekati meja Mingyu. Kedua belah tangan dibawa ke depan dan bertaut rapat.

"Encik Kwon," tegur Mingyu, menghadiahkan senyuman tetapi tidak dibalas Encik Kwon sebaliknya dia lebih gemar membuang pandangan ke karpet bilik. Dia yang terlupa tunduk hormat akibat gugup, terus melakukan hal demikian berkali-kali.

"Jemput duduk," pelawa Mingyu, menutup fail dan diseret membawa ke tepi. Kedatangan Encik Kwon membawa hal yang lebih utama daripada rekaan kain. Mingyu tetap memandang lelaki tua itu sehingga kerusi ditarik dan labuhan diduduki.

"Encik Kwon sihat?" tanya Mingyu, mengambil berat sebagai orang yang jauh lebih muda.

"Sihat, tuan." Encik Kwon bersuara mendap. Jawapannya seakan keluar tidak keluar dari tekak.

"Baguslah kalau sihat. Sekarang Encik Kwon menetap di mana?" tanya Mingyu lagi, membuka sesi perbualan dengan lelaki yang masih merendahkan halaan anak mata. Sedikit pun sisi wajah Mingyu tidak mahu dipandang.

"Err... Saya..." Encik Kwon terkebil-kebil apabila maklumat kediamannya ingin diketahui Mingyu. Risau dan fobia bercampuran pada urat tangan. Dia menahan gigil agar riak sebenar dapat bersembunyi dari perasaan sebenar.

"Sejak bila kau gagap? Kau takut?" Panggilan bertukar dan nada keras menyentak dada Encik Kwon. Mingyu mendecit kecil dan menoleh ke tepi. Dia menggeleng kerana menganggap lelaki tua itu sedang mempermainkan masanya agar terbuang begitu sahaja.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now