✺ 21 ❋

62 11 452
                                    

SEMANGAT bekerja biasanya disalurkan seorang ketua kepada orang bawahan apatah lagi semasa ahli kumpulan sedang memikul sebuah tanggungjawab besar yang akan menentukan tahap kemampuan sebuah organisasi atau syarikat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMANGAT bekerja biasanya disalurkan seorang ketua kepada orang bawahan apatah lagi semasa ahli kumpulan sedang memikul sebuah tanggungjawab besar yang akan menentukan tahap kemampuan sebuah organisasi atau syarikat.

Namun apa yang Ayla lihat adalah semangat Emma yang menjunam sedari tadi. Segala apa yang dilakukan pada kain, didampingi mimik muka mendung wanita itu. Tangan yang menggunting, diawasi mata yang memerhati tetapi pengamatan seakan memainkan sesuatu yang menghalang Emma daripada menetapkan fokus.

"Cik Emm. Saya nak pasang lagu, boleh?" soal Ayla.

Butik hanya dipenuhi dengan kehadiran mereka berdua sementara pekerja lain menghabiskan sisa cuti dengan bersantai di rumah. Terdapat juga kumpulan yang terlibat dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari ini.

Sunyi yang merayap, bikin Ayla dilanda kebosanan.

"Pasanglah," jawab Emma tidak kisah. Barulah Ayla dapat mendengar bunyi yang melepasi dua ulas bibir Emma. Kalau tidak, ianya bertemu rapat bagai menyimpan timbunan emas.

Ayla tidak berlengah, memutuskan keheningan bilik menjahit dengan mengeluarkan pembesar suara bersaiz tapak tangan di atas meja. Melalui sambungan tanpa wayar pada jarak dekat iaitu bluetooth, lagu yang tersimpan di dalam telefon pintarnya dapat dimainkan. Ia bergendangan, memenuhi segenap celah ruang yang ada.

Kepala mula digerakkan atas bawah sebaik sahaja irama beralun merdu. Ayla menikmati rentak lagu Love Me Like You nyanyian kumpulan Little Mix. Setiap patah lirik lagu berkenaan dinyanyikan tanpa suara. Badan ditahan daripada menari semasa memotong kain renda.

Sekiranya Ayla ikutkan hati yang terlalu asyik dengan suara milik penyanyi, maka kain renda akan bertukar menjadi kain rentang!

Seronoknya Ayla seperti tiada masalah yang mengelilingi diri. Barangkali Ayla menyembunyikan semua itu dengan menumpukan kepada sesuatu yang lebih penting. Sedangkan Emma, hanya mampu termenung melihat kegembiraan orang lain di mana dia dibariskan soalan yang masih tidak dapat dirungkai.

Sungguh! Penangan Yejun dalam hidupnya kini menutup lompong nafas normalnya. Apa yang lelaki itu telah lakukan dan apa yang sedang bergelora dalam dada Emma?

Keadaan Emma seolah-olah berbalik pada saat pertemuan kali pertamanya dengan Yejun semasa di rumah keluarga Jihyo.

"I've tried to find someone new. Baby, they ain't got a clue. Can't love me like you...," sebahagian lirik berdentung di halwa telinga Emma.

Belakang badan bersandaran pada kerusi. Emma memarahi diri sendiri termasuk Yejun. Kenapa dia perlu terbeban dengan membiarkan perasaan menguasai jiwa? Seharusnya dia menghadang bayang seorang lelaki daripada bermain-main di landai fikiran!

"Aku tak boleh berdiam macam ni. Lama-lama aku jadi bangang kalau tak dapat jawapan," tegas Emma lalu dia menoleh ke tepi. Dia iri kerana Ayla kekal dalam dunia tanpa keributan yang menyulitkan.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now