✺ 9 ❋

55 11 320
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


LINTASAN orang ramai berhampiran balai perlepasan memperdengarkan bunyi geseran bagasi daripada setiap tangan yang menarik. Lambaian bertukaran sebagai tanda perjalanan dan peninggalan insan yang kekal atau bakal terbang jauh dari negara Korea Selatan. Suasana hiba menyelubungi mereka yang ditemani ahli keluarga.

Tubuh seorang anak lelaki didakap sayu lalu dibalas pelukan yang sama. Bahu wanita yang melahirkan diusap penuh kasih, menyatakan semuanya bakal baik-baik sahaja.

"Mesti nanti mama rindukan anak mama ni... Chris jangan lupa telefon mama selalu, ya?" esak Chaerin, menyeka air mata setelah pelukan dirungkai. Terkebil-kebil mata yang bersisa mutiara jernih itu. Hidungnya berkerut kecil. Senyuman digagahi agar kesedihan tidak menguasai hati.

"Baik, mama. Mama janganlah sedih sangat...," pujuk Christopher, mengintai wajah sadis ibunya.

Eunkwang di sebelah menayang wajah toya. Berkali-kali dia menjeling isterinya yang keterlaluan, menghayati erti sebuah kehilangan. Beria sangat Si Chaerin ini. Jihyo sudah garu kepala di samping Ha Rin. Alah mengandung kakak iparnya itu terkena pada Chaerin, kah?

"Halah, halah... Sendu sangatlah awak ni. Chris dan Ha Rin bukannya pergi jauh. Pulau Jeju je. Sebelum ni Chris pergi ke Amerika, lagi jauh. Haishh... Lepas ni kalau awak nak lawat anak awak, saya boleh bawa. Awak nak tinggal berapa hari dekat sana? Seminggu? Sebulan? Atau awak nak buka terus sekolah swasta? Murid awak semuanya cucu-cucu awak," ngomel Eunkwang, menggeleng kecil dan berdecit.

Pandangan tajam Chaerin tidak mendapat sambutan apabila Eunkwang segera berpaling ke tempat lain. Itu sahajalah yang boleh dilakukan. Hendak dia membalas, silap-silap matanya boleh juling.

"Awaklah ni! Hantar anak saya jauh dari saya. Dah tak ada pekerja lain ke yang boleh uruskan hotel tu?" rungut Chaerin, hampir sahaja tuturnya meninggi di situ. Ha Rin pantas menenangkan ibu mertuanya yang dibayangi naga betina. Kalau disembur, satu lapangan terbang bingit dengan suaranya. Rambut afro Eunkwang juga akan tercabut.

"Ada. Jihyo," tunjuk Eunkwang.

"Oh no no no no. Kalau betul nak hantar Jihyo ke sana, bagi Jihyo dan Jeongin berkahwin dulu. Tapi Jeongin tak boleh tinggalkan ladang. Hurm... Tak naklah," sanggah Jihyo, memikirkan keadaannya sendiri. Pedulilah dia dengan Christopher. Tambahan pula, Krystal sedang berusaha membuka cawangan butik di sana dan Ha Rin telah dipilih sebagai pengurus.

"Kenapa mesti anak kita?" Chaerin mendesis.

"Awak ni asyik-asyik nak marah saya. Kalau awak dah benci saya, hantarlah saya balik rumah mak ayah saya." Eunkwang memeluk tubuh. Fikir dia apa? Dia juga seorang ayah. Siapa sanggup membiarkan anak berjauhan dengan keluarga?

Christopher meneleng hairan. "Atok dan nenek kan dah lama mati? Ayah nak buat apa balik kampung sorang-sorang?"

Tidak mempedulikan Eunkwang malah dibiarkan merajuk seorang diri, Chaerin terus meraih tangan Ha Rin.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now