✺ 17 ❋

54 11 168
                                    

MAKLUMAT pesakit yang tertera di dalam fail dan skrin komputer riba dilihat silih berganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAKLUMAT pesakit yang tertera di dalam fail dan skrin komputer riba dilihat silih berganti. Jari menaip laju diselang-seli dengan tetikus yang menggerakkan anak panah, mengisi ruangan tarikh dan waktu dalam sistem janji temu.

"Saya dah tetapkan hari dan waktu untuk cik berjumpa dengan pakar patologi bahasa pertuturan dan pakar neurologi. Mereka akan periksa dan nilai kualiti dan kriteria suara untuk mengenal pasti tahap masalah sebenar yang cik alami," beritahu Kylee, membaca dan menyemak semula butiran yang terpapar sebelum dia beralih kepada pesakit yang menunggu. Gelisah yang berlayar pada riak wajah wanita muda di hadapannya dibalas dengan ketenangan sebuah senyuman.

"Untuk sementara waktu, saya nasihatkan cik agar banyakkan berehat. Elakkan selalu menjerit atau bercakap dengan nada suara yang tinggi. Selalu berbisik juga tak digalakkan sama sekali. Cik perlu bercakap menggunakan nada yang normal...," nasihat Kylee buat pelajar bidang muzik yang mengalami masalah suara serak secara tiba-tiba.

"... Minum air bagi mengekalkan hidrasi dan kelembapan tekak. Suasana bilik juga tidak boleh terlalu sejuk. Bagus juga kalau cik buat sedikit warm-up bagi lipatan vokal sebab bila kita bangun daripada tidur, tubuh badan kita masih berada dalam keadaan kaku kerana tiada pergerakan sepanjang waktu tidur yang bermakan masa berjam-jam. Sama juga dengan lipatan vokal suara," sambung Kylee, diiringi anggukan sebagai isyarat faham daripada pesakitnya yang lebih selesa mendiamkan diri.

Kata-kata semangat diberikan Kylee agar pesakit tidak terlalu tertekan dengan masalah suara yang dihadapi. Setelah makluman tentang janji temu diperingatkan kembali, pesakit tadi mengucapkan terima kasih lalu keluar dari bilik tersebut, ditemani Kylee yang membantu membukakan pintu.

Bayang pesakit yang mengecil di pandangan mata, mendorong Kylee menutup pintu dan kembali ke meja kerjanya. Fail pesakit tadi diketepikan bagi menumpukan pada pesakit seterusnya. Fail baru yang diterima, dibuka dan nama pesakit dibaca dengan mulut terkumat-kamit.

"Kim Yejun," sebut Kylee.

Sejurus itu, dia dikejutkan dengan kuakan pintu oleh seorang lelaki yang berdiri tegak sebelum diberi kebenaran untuk masuk. Kylee mengeras untuk sesaat dua kemudian menjemput pemilik nama tadi duduk di kerusi yang disediakan.

"Encik Yejun. Kita pernah berjumpa sebelum ini, kan?" soal Kylee, ramah menegur Yejun yang tersenyum sambil berjalan mendekati meja. Tubuh tinggi lampai dilabuhkan dan lelaki mula menyelesakan diri.

"Ya," jawab Yejun sepatah. Senyumannya tidak lekang, tidak seperti pesakit lain yang datang bertemankan gemuruh, risau atau reaksi kosong yang tercoret pada wajah masing-masing. Kylee yang tidak mengerti, terus bersikap mesra.

Fail warna putih yang mengandungi maklumat ringkas dan masalah Yejun, dilihat seimbas lalu. "Menurut masalah yang dikemukan Encik Yejun semasa di kaunter pemeriksaan, encik mengadu yang encik mengalami batuk kering."

"Ya, betul," balas Yejun, berlagak biasa apabila Kylee mengangkat muka memandangnya. Mata Yejun menyondong, seakan membaca sama kandungan yang tertulis dalam dokumen di tangan doktor wanita itu.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now