✺ 11 ❋

46 11 278
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SELANGKAH yang diambil, selangkah jugalah yang menurut. Sesekali kepala menoleh dan mata menjeling. Jarak mereka tidak begitu dekat, tetapi cukup merimaskan dia yang berada di hadapan. Hanya kerana kamera telefonnya berfungsi menangkap pandangan pagi di sekitar ladang, dia diperhati dan diekori sedari tadi.

"Kenapa kau asyik ikut aku?" soal Han pada seekor lembu. Bibir diketap geram. Nafasnya turun naik, bersiap sedia bertikam lidah dengan haiwan yang bermuka selamba. Ia bergerak mendekati Han yang tidak berganjak lalu lelaki itu cuba dihidu.

"Ei... Apa dekat-dekat ni? Dahlah tak gosok gigi!" rengus Han, menggerakkan belakang telapak tangan bagi menghalau lembu berkenaan.

"Mooo..." Lembu angkat muka, seperti mencabar Han. Apa yang hendak dihairankan sangat dengan tangan yang berhayun gemalai itu? Jika Chansung menghalau pun ia masih buat tidak tahu, inikan orang luar yang entah datang dari mana.

"Abang Han tak payah takutlah. Lembu dekat sini memang pelik sikit tapi diorang tak pernah cederakan orang. Erk? Rasanyalah...," fikir Jeongin, tidak mahu menakutkan Han. Tali tambatan yang bergayut pada lembu terus diraih.

"... Cuba Abang Han naik atas lembu. Kaki abang pijak palang pagar kayu ni. Jeongin tarik lembu, bawa Abang Han sekitar ladang," sambung Jeongin, menepuk kayu sebesar dua lengan lelaki dewasa.

"Lembu ni tak kisah ke?" soal Han, curiga dengan lembu melebihi Jeongin.

"Lembu ni baik, sebab tu kami kasi lepas sekali-sekala. Cepatlah," ujar Jeongin lagi.

Kalau jenis yang mengekori dikatakan baik dan dibiarkan berada di luar kandang, Han tidak dapat bayangkan perangai lembu yang terkurung saban hari. Agaknya mereka mabuk sambil menjulang gelas air bersama rakan lembu yang lain.

Dengan penuh berhati-hati, Han mengikut arahan Jeongin ketika mendaratkan badan di atas lembu. Pada mulanya Han takut-takut. Namun setelah mendapati lembu tersebut merelakan ia menampung beban manusia, Han mula selesakan diri. Tangannya berani mengusap badan haiwan itu yang dianggap jinak.

"Jangan nakal-nakal, ya? Nanti kita bergambar sama-sama," janji Han.

Jeongin menarik perlahan tali tambatan lalu lembu mengikut langkah ke mana sahaja ia dibawa. Han menzahirkan rasa teruja kerana ini kali pertama dia menunggang lembu meskipun dengan bantuan orang lain.

"Dah berapa lama Abang Han berkawan dengan Abang Yejun?" tanya Jeongin, menghilangkan kebosanan rutin yang selalu dihadap. Ladang tetap memerlukan khidmatnya pada hari minggu. Kadang-kadang badannya terasa penat yang teramat.

"Sejak Yejun jadi pelajar baru dekat sekolah abang. Waktu rehat, abang selalu nampak dia duduk dekat sudut sebelah almari dalam perpustakaan. Bila loceng berbunyi, Yejun tak masuk ke kelas. Boleh kata hari-hari macam tu. Dia bukan baca buku tapi duduk termenung. Abang syak dia sengaja ponteng. Lepas tu abang tegur dia. Abang tanya dalam bahasa Inggeris, dia balas bahasa Korea. Dia ingat abang bangang ke apa? Bila dia tahu abang berasal dari sini, kami mula berkawan rapat...," cerita Han panjang lebar, mengingatkan kenangan semasa bersekolah dahulu.

𝐃𝐀𝐍𝐃𝐄𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐈𝐈: 𝐔𝐍𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now